B e r t a m @ d u n

Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

Posted on: 29 Ogos, 2008

 


Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Fri | Aug 29, 08 | 10:03:26 am MYT 
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Hrkh) – Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.   

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam. Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu. “Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan,” katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini. Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.”Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan,” katanya. – mks._

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: