B e r t a m @ d u n

Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah!

Posted on: 26 Ogos, 2008

 
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah. Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.
Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi. “Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini,” katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam. Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali
“SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang. “Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini,” katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali. Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.
“Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya,” katanya. Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

Sumber Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: