B e r t a m @ d u n

Ceramah DSAI di Kg. Pelet, 22.08.08

Posted on: 23 Ogos, 2008

Kampung Pelet, DUN Permatang Pasir, 22 Aug. – Ceramah berlangsung pada malam ini di halaman Pejabat PAS Cawangan Kampung Pelet, dekat sini. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Karim, seorang anak jati Kampung Pelet yang juga telah berceramah penuh hebat disessi pembukaannya.

Diantara penceramah-penceramah yang telah berucap ialah setiausaha politik DS Wan Azizah, Saudara Mustafa Kamil Ayob, Datin Seri Wan Azizah  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pendengar yang hadir rata-ratanya adalah terdiri dari penduduk-penduduk tempatan juga merupakan pengundi di DUN setempat dan berhampiran yang bakal mengundi untuk calon Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil pada kali ini.

Datin Seri Wan Azizah dalam ceramahnya meminta semua pengundi supaya menolak fitnah yang diada-adakan oleh BN/UMNO ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. “UMNO/BN ‘kesian’ kepada saya dan keluarga saya konon (di atas ‘perbuatan’ DSAI), kalau kesian kat kami sekeluarga.. kenapa fitnah Anwar? kenapa sepak terajang, telanjangkan dia?,” kata DS Wan Azizah menyampaikan ceramah, membidas sikap biadap BN/UMNO yang tidak bertanggungjawab itu.

Seterusnya beliau berkempen meminta semua pengundi supaya memilih calon Parti KeADILan Rakyat, DS Anwar Ibrahim, dan  di samping menjaga kawasan masing-masing dari pengundi hantu pada hari pemilihan nanti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di tapak ceramah pada pukul 10.54pm semasa saudara Mustafa Kamil Ayob sedang berucap.

Mustafa Kamil menyifatkan pengundi-pengundi Parlimen Permatang Pauh “beruntung” kerana terpilih sebagai pengundi “Perdana Menteri Baru Malaysia”.

DS Anwar Ibrahim terus naik ke pentas berucap setibanya di tempat ceramah. Beliau menempelak sikap penceramah-penceramah dan para pemimpin BN/UMNO yang suka mencerca beliau dalam tempoh berkempen pilihanraya kecil ini. “Sepatutnya depa kena bagi penerangan kepada rakyat tentang perancangan-perancangan yang akan mereka jalankan bagi menolong rakyat (kalau mereka menang) bukannya asyik guna pentas ceramah mencerca saya,” katanya.

Menurut beliau lagi, semua pimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju melantik beliau sebagai ketua pembangkang di parlimen pada 27 haribulan nanti, dimana pak lah dijadualkan membentang bajet pada 29 haribulan.

Beliau mengulangi janjinya untuk menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen, bukan setakat 15 sen yang pak lah turunkan esok, sehari kemudian selepas dari Pakatan Rakyat mengambilalih pemerintahan negara dari BN/UMNO.

DS Anwar menghentam khairi – yang konon bercita-cita untuk menguburkan sejarah karier politik beliau di Permatang Pauh – dengan berkata nasibnya ditentukan oleh Allah dan di tangan para pengundi pada pilihanraya kali ini, bukannya ditentukan oleh khairi.

Beliau juga menyebut di dalam ceramahnya tentang pihak pengurusan sebuah syarikat luar negara, Ben Laden, yang pernah berkata bahawa mereka sungguh gembira berurusan dengannya kerana beliau tidak mengambil komisen diatas projek-projek di Malaysia semasa menjadi menteri dahulu. “Itu semua wang rakyat, bukannya macam beli sub-marine (kapal selam) makan komisen sampai RM500 juta.. duit rakyat tu,” katanya lagi.

Beberapa ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan bergabung dengan Pakatan Rakyat apabila DS Anwar berada di parlimen nanti. “Mereka sudah berjanji..,” kata Anwar membenarkan berita “lompat parti” yang hangat diperkatakan pada masa sekarang.

“Kita doa, munajat dan berusaha bersama-sama, InsyaAllah!,” katanya mengakhiri ceramah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: