B e r t a m @ d u n

Persatuan Ulama Pulau Pinang persoal sumpah Saiful

Posted on: 20 Ogos, 2008

Mohd Sabri Said
Tue | Aug 19, 08 | 4:51:19 pm MYT 
PERMATANG PAUH, 19 Ogos (Hrkh) – Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUM PP) menggangap sumpah oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini membelakangkan perundangan Islam yang menghendaki empat orang saksi terlebih dahulu baru diikuti kenyataan sumpah, itu pun jika perlu.

Yang Dipertua PUM PP, Dr Wan Salim Wan Mohd Nor menambah, jika membiarkan seseorang itu melafazkan sumpah sesuka hati tanpa di putuskan bersalah oleh Mahkamah Syariah beliau khuatir ia akan menjadi ikutan individu lain pula sedangkan pertuduhan sebegini berat dalam Islam. “Pada asasnya Islam meletakan peraturan yang jelas bagi memungkinkan keadilan dicapai melalui proses kehakiman dan pembuktian terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilafazkan.

“Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan,” tegasnya dalam sidang media di sebuah restoran dekat sini. Jika dibiarkan gejala ini berleluasa sesiapa pun boleh bersumpah padahal dalam keadilan Islam seseorang itu perlu memerlukan empat orang saksi yang baik budi pekerti bukan sebarangan individu. Lagipun, PUM PP berpendirian bersumpah dengan memegang al-Quran tidak ada dalam tradisi dan Syariat Islam serta tidak wajar di campuradukan dalam sumpah yang dilakukan. Saiful sepatutnya tidak perlu bersumpah kerana beliau berada di pihak yang membuat pertuduhan selagi belum dikemukakan empat saksi perkara itu tidak seharusnya berlaku.

Perlu bersumpah sekarang ini ialah orang yang kena tuduh tetapi Dato’ Seri Anwar dinasihati oleh para ulama muktabar agar beliau tidak bersumpah selagi pertuduhan tidak dibawa ke mahkamah syariah. “Perkara yang berlaku ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada perlaksanaan sistem kehakiman Syariah di Malaysia apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakan ini sebagai ‘presedent’ bagi mendahulukan sumpah terutama dalam kes li’an sebelum proses kehakiman dilakukan,” jawabnya.

Menjawab soalan wartawan Dr Wan Salim memberitahu, sebab itulah negara memerlukan perundangan Islam agar masalah sebegini tidak berpanjangan. Tambahan pula sumpah itu dilakukan sewaktu menjelangnya pilihan raya kecil Permatang Pauh yang sudah tentunya jelas membuktikan bermotif politik, katanya. Justeru, PUM PP mendesak isu yang menggunakan nama Islam dan Syariah dihentikan serta merta sebaliknya redha dengan perudangan Islam yang telah ditetapkan oleh Islam itu sendiri.

“PUM PP meyeru semua pihak agar tidak menggunakan nama Islam dan Syariah tanpa mengikuti peraturan Syariah sebenarnya bagi tujuan politik ‘Machiavelli’ mahupun kepentingan peribadi,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Timbalan YDP PUM PP, Fadhlullah Jamil dan Timbalan Setiausaha PUM PP, Rasidi Husein. – mns_

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 52,782 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: