B e r t a m @ d u n

Ceritaku : Di Hari Penamaan Calon..

Posted on: 18 Ogos, 2008

Oleh : x-men perbatasan.

Tak banyak berita nak aku selit dalam Bertam@dun hari ni. Jadi aku pun rasa macam nak cerita sikit sebanyak tentang pengalaman aku semasa ke Penamaan Calon di Maktab Perguruan Tengku Bainun hari Sabtu lepas. Aku percaya kita semua ada pengalaman masing-masing dan aku rasa mesti seronok jugak kalau dapat kita kongsi bersama di sini. Sekurang-kurangnya dapat jugak kawan-kawan kita yang tak berkesempatan join sekali pada hari tu merasakan kehebatan suasana yang kita alami, betul tak?

Sebenarnya sejak pada petang hari Jumaat lepas lagi aku dan seorang rakan sepejabat, Mat Sarip, dah pi ronda-ronda kawasan selepas habis kerja hari tu. Aku tunjukkan jalan sebab dia tak familiar sangat dengan tempat-tempat di sini. Kami ronda naik motor masing-masing dari Prai ke Kubang Semang melalui jalan Permatang Nibong. Check-point kami di depan masjid Kubang Semang. Sepanjang jalan nampak meriah dengan bendera-bendera PKR diselang-seli dengan bendera PAS. Bendera BN/UMNO ada la kot dua tiga tempat.

Sampai di sana aku terjumpa dengan seorang lagi kawan, seorang peniaga. Aku tanya dia apa program yang ada pada malam itu nanti di sana dan dia kata ceramah perdana DSAI bersama Ustaz Mujahid. Wow! mesti best ni..

Aku dan kawan aku pun parking sekejap sambil pekena teh kapakcina di pasar malam dekat situ. Sambil sembang-sembang, bincang-bincang.. lepas tu kami pun bertolak balik ikut jalan Bukit Indera Muda, Permatang Pasir dan terus ke Sungai Dua sebelum berpecah mengikut jalan balik masing-masing.

Malam tu lepas Maghrib seorang sahabat baik aku, Zack, pulak call dan ajak ke tempat ceramah di Kubang Semang tadi, hmm.. orait sangat la tu. Aku tunggu dia di Sungai Dua dan lebih kurang pukul 9.15 kami pun pi naik bersama sebuah motor saja, dengan motor dia..

Ceramah memang best! Masa kami sampai MB Selangor tengah berucap. Pasal 10% kuota UiTM dah tentu ada dalam isi ceramahnya. Kemudian beralih kepada seorang penceramah lagi sebelum YB Ustaz Mujahid ambil tempat. Wahhh!!! Ustaz Mujahid pun sejak jadi Ahli Parlimen Parit Buntar ni memang sakan jugak ceramah dia la ni.

Sambil-sambil dengar ucapan dia, teringat jugak masa aku sama-sama buat kerja kebajikan dengan dia membantu masyarakat di Kawasan Kepala Batas dulu. Lebih-lebih lagi dalam kes mempertahankan sebuah sekolah aliran Cina di Permatang Sintok dekat sini dari dirobohkan, heboh satu negara tau. Memang dia seorang yang hebat! Aku sanjung semangat juangnya yang sungguh kuat bekerja demi kepentingan rakyat dalam hubungan antara kaum dulu.

Kemudian, YB Nurul Izzah, Puteri @ Ratu Reformasi pulak berceramah. Suaranya nyaring-gemersing dengan penuh kata-kata semangat. Dipendekkan cerita, tengah-tengah sedap dia berucap, kedua-dua orang tuanya pun sampai bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng, yang kemudiannya telah juga naik ke pentas selepas dari dia (YB Nurul Izzah) selesai disarungkan vest jacket Seri Mawar di malam tu. 

Sepanjang dengar ceramah, tempat duduk tak ada, terpacak aku berdiri, tapi kaki aku yang lengoh pun tak terasa apa-apa.. punya la ralit. Siapa tak ralit dengar pukulan DSAI? Memang ceramah beliau ada kelas.. ada karisma, macam seorang kawan aku pernah kata. Tak percaya? Jom pakat pi dengaq sendiri.

Sampai di rumah lebih kurang pukul 1.40 pagi. Sebelum balik kami pekena teh ‘o’ suam dengan roti canai ‘jantan’ dulu kat kedai mamak Sungai Dua.. supper tengah malam.

Sabtu, 16 Ogos 2008 : Hari Penamaan Calon..

Macam yang kami janji semalam, pukul 7 pagi lebih sikit aku dah sampai kat depan rumah Zack. Diringkaskan, kami bertolak dengan motor aku dari rumah dia. Apa payah-payah naik kereta? Jalam jem dan jimat duit.. bukan jimat minyak! Motor aku tu hirup minyak serupa tu la jugak, mana ada jimat-jimat punya.. Kerajaan BN naikkan harga minyak, bukan naikkan penggunaan minyak, minyak guna banyak tu la jugak. Jadi, duit poket la yang rabak..

Sebenarnya, kami pergi bertiga dengan seorang lagi kawan sekampung Zack, Abang Mae. Dia naik motor sendiri seorang saja sebab nak kena balik awal sikit nanti untuk ke kenduri, katanya.

Kami ikut jalan Sungai Dua. Sampai Permatang Pasir dan Bukit Indera Muda.. jalan ok lagi. Tapi bila sampai Simpang Tiga Penanti jalan dah mula sibuk. Tapi naik motor ni biasa lah, tak gaduh nak ‘Q’. Kami sampai lebih kurang 8.15 pagi, orang dah ramai di sana. Majoriti yang aku nampak penyokong-penyokong Pakatan Rakyat lah. Polis trafik pun ramai jaga simpang masuk. Kami parking motor sebelah kedai kopi dekat situ, lepas tu pukul kaki sebab memang simpang jalan masuk tu dari awal-awal lagi dah pun ditutup sementara hari ini.

Sambil jalan tengok kiri kanan. Zack belikan 3 helai kain ikat kepala bertulis “Parti KeADILan Rakyat”, dia bagi kami pakai sehelai seorang. Perut rasa lapar pulak, ajak depa makan tapi awal sangat lagi. Kurang selera depa kata. OK lah, aku ikut saja.

Macam-macam kerenah kami tengok, ada grup gendang tarian kaum India dan juga grup tarian singa kaum Cina. Aku dan Abang Mae sibuk ambil gambar sini-sana. Aku dengan camera digital aku dan dia dengan V-cam dia. Kira seronok lah jugak.

Kami lalu di bawah jambatan fly-over dan terus ke tapak niaga dekat situ. Aku perhati atas jambatan penuh dengan orang ramai bermotor. Apa dok perati dari atas saja? mai la join woi!!!

Semasa sedang berjalan ke pintu masuk, aku nampak seorang member lama iaitu Saudara Zulkifli Mohamad (Suara KeADILan / Malaysia Today) sibuk menjawab handphone. Aku ambik gambar dia tapi tak lekat. Aku tengok hang nampak dah gemuk banyak eh, gemuk sikit lah Zul!

Kami terus jalan lagi, aku berjumpa pulak dengan seorang rakan sepejabat, Zainal. Kami salam dan bertegur sapa. Aku nampak dia ceria sungguh. Dia memang bersemangat besar, aku kenal dia lama, dah lebih sepuluh tahun pun.

Kemudian semasa melintas titi masuk ke kawasan padang Maktab Tengku Bainun, ternampak pulak jiran aku yang mesra dengan panggilan paksu di kawasan rumah aku. Memang kami jarang bersembang walau dekat rumah pun tapi aku respek sikit kat orang tua ni sebab pilihanraya lepas dia dah pecah tradisi kawasan rumah taman kami.

Hangpa tau apa dia dah buat? Pilihanraya lepas aku nampak bendera PAS & PKR, dua sekali, terpacak di tengah-tengah laman rumah dia. Sudah lebih 10 tahun jugak aku bermastautin di sana, tak pernah seorang pun aku tengok buat lagu dia tu.. aku sendiri pun tak pernah. Konon ada “akujanji” penduduk tak boleh pasang bendera parti walau di dalam kawasan perumahan sekalipun, jadi tak dak lah orang yang penaik bendera melainkan dia sorang saja.

Sungguh memang pelik, dah dua kali pilihanraya aku sekeluarga duduk di situ, memang kalau di kawasan luar rumah taman kami penuh dengan bendera parti-parti bergantungan menderu-menderam di jalan-jalan tapi bila masuk ke kawasan rumah taman kami, satu bendera pun tak dak, macam masuk sempadan Siam la pulak!

OK, sambung cerita lagi.. Bila masuk padang, orang tak lah ramai sangat yang ada, tapi rombongan yang dari tempat-tempat jauh dah ramai kelihatan. Mestilah depa yang dulu, entah pukul berapa depa semua dah sampai, wallahu’alam. Hebat..!

(Lalu teringat jugaklah aku masa ramai-ramai ke penamaan calon di Perlis, Anak Bukit, DUN Pendang dan berdemo di KL dan banyak tempat dulu-dulu tu, hmm.. awal-awal lagi dah sampai dan mesjid rumah Allah jadi tumpangan kami. Itulah nikmat pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan bersama sahabat-sahabat seperjuangan dulu, setuju?)

.. akan bersambung lagi.

3 Respons to "Ceritaku : Di Hari Penamaan Calon.."

I’m not that much of a online reader to be honest
but your blogs really nice, keep it up! I’ll go ahead and bookmark your website to come back down the road. Cheers

I blog frequently and I genuinely appreciate your information.
The article has truly peaked my interest. I’m going to take a note of your blog and keep checking for new details about once per week. I subscribed to your Feed as well.

I’m gone to convey my little brother, that he should also pay a quick visit this webpage on regular basis to obtain updated from most recent news update.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,941 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: