B e r t a m @ d u n

PAS P Pinang duduk atas beranda

Posted on: 16 Ogos, 2008

Oleh Muda Mohd Noor
Malaysiakini.com

PAS Pulau Pinang kecewa dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu yang didakwa telah meminggirkan parti itu di negeri berkenaan.

“Kita sudah lama hendak jumpa mereka tetapi sehingga hari ini belum dipanggil lagi.

“Oleh itu, PAS Pulau Pinang seolah-olah duduk di atas beranda sahaja. Panggillah kita duduk di atas kerusi,” kata wakil Pulau Pinang, Mohd Pahwi Wahab, ketika membahaskan ucapan dasar presiden di muktamar PAS ke-54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.
Mohd Pahwi berkata: “Empat bulan menikah tak kan tak ada pening dan muntah-muntah lagi, seolah-olah tidak sentuh tangan lagi.”

PAS Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang wakil dalam kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

Dalam ucapannya, Mohd Pahwi mencadangkan supaya PAS Pusat mewujudkan sebuah badan pemantau untuk memantau ucapan dan tulisan pemimpin parti yang terkeluar dari dasar parti.

Katanya, jawatankuasa disipilin parti perlu memandang serius kerana ada ahli PAS yang mula berpecah kerana perkara tersebut.

“PAS Pulau Pinang tidak menentang perjumpaan dengan mana-mana pihak asalkan ia tidak mengelirukan ahli,” katanya lagi.

Konsep Pakatan Rakyat

Sementara itu, wakil Selangor, Salehin Mukyi berkata, ahli PAS di negeri itu masih kabur mengenai konsep Pakatan.

“Apakah prinsip dan garis sempadan, dan apakah misi besar yang ada dalam Pakatan.

“Bagaimana bentuk mesyuarat dan keputusan yang telah dibuat? Mengapa Pakatan diwujudkan,” katanya.

Salehin yang juga ketua pemuda PAS Selangor juga mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan menjemput artis yang tidak bermoral membuat persembahan di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan itu bermakna pemimpin Pakatan memilih program yang bertentangan dengan Islam.

“Seolah-olah kita ulang semula program BN sebelum ini, dan jangan sampai rakyat menyangka kerajaan baru sama dengan kerajaan lama,” katanya.

Salehin juga berkata, isu muzakarah dengan Umno telah menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan tarbiyah kepada ahli-ahli parti.

Katanya, ini kerana ada ahli yang menulis dalam akhbar mengkritik presiden membantah muzakarah tersebut sedangkan ia boleh diselesaikan secara dalaman.

“Isu ini tidak boleh menimbulkan kekecelaruan kerana ia boleh menjejaskan imej PAS,” katanya.

Klik ke paparan asal di TranungKite.net :

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14459

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: