B e r t a m @ d u n

DSAI vs Arif Shah

Posted on: 14 Ogos, 2008

Oleh muhammadhanif

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan calon BN yang akan berentap dengan calon PKR, DSAI pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 26 Ogos nanti. Beliau adalah ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah, 52 tahun.

Najib membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Karnival Sunway di Seberang Jaya malam tadi, serentak dengan majlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil tersebut.


Sementara itu, Bernama melaporkan, Arif mensasarkan dua agenda utama untuk penduduk di kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat mereka pada pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

Katanya, usaha untuk meningkatkan perpaduan semua kaum di Permatang Pauh menjadi agenda utamanya selain mencari jalan untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk di kawasan parlimen itu.

Menurutnya, penduduk di Permatang Pauh seolah-olah terkena sumpahan sejak kerusi parlimen itu jatuh kepada pembangkang pada 1999 dengan tiada sebarang pembangunan dapat dizahirkan di situ manakala tidak ada perhubungan akrab terjalin antara penduduk di situ dengan wakil rakyat mereka.

Kalau kita lihat di Negeri Kelantan yang dinafikan segala keistimewaan / hak yang diperolehi oleh mana-mana negeri yang ditawan oleh BN sama ada dari sudut geran tahunan yang dilewat-lewatkan, pembangunan melalui JPP bukan melalui kerajaan negeri / wakil rakyat, bajet pelancongan, sukan dan sebagainya. Tetapi Kelantan tetap membangun dengan caranya sendiri. Begitu juga dengan Permatang Pauh yang dinafikan semua hak yang yang sepatutnya diperolehi.

Pembangunan sesuatu tempat kalau dibangunkan / difikirkan hanya kepada pembangunan sahaja tanpa memikirkan tentang pembangunan insan itu sendiri, hanya akan menjadikan masyarakat itu runtuh dari segala aspek. Sama ada dari sudut akhlaknya, moral dan pemuda pemudi yang akan mewarisi negara kita juga akan rosak.

Kalau dari sudut kemiskinan, Negeri Sabah yang diperintah oleh BN lebih banyak lagi kemiskinan yang dicatatkan. Di mana usaha kerajaan pusat di bawah kepimpinan BN. Sebab itulah ada MP Sabah yang buat usul tidak percaya kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, sang Perdana Menteri Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa pembangunan itu amat perlu tapi kalau pembangunan saja yang difikirkan, kita silap. Kita pakat-pakat fikir tentang perkara ini. Pembangunan tanpa diiringi dengan pembangunan insan amat dahsyat sekali impaknya kepada masyarakat masa akan datang.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah untuk kemenangan PKR pada PRK nanti. Doa orang dizalimi amat makbul disisi Allah.

http://muhammadhanif.wordpress.com

dolah.pagol@yahoo.com say : aku cedok dari TranungKite.net

1 Response to "DSAI vs Arif Shah"

hahahahahahaaa aaarip shah?! .. masih berkokok lagi ker? kokiok kokiok kokiok!!! ezam yng tereng teng teng tu maner?! dulu hebat berkokok sangat.. dah jadi jambu umno ker?!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: