B e r t a m @ d u n

Hanya kerana surat layang BPR terus siasat – MB

Posted on: 11 Ogos, 2008

Salmah Mat Husain
Sun | Aug 10, 08 | 6:39:59 pm MYT
KOTA BHARU, 10 Ogos (Hrkh) – Hanya kerana adanya surat layang Badan Pencegah Rasuah (BPR) terus bertindak, sedangkan banyak salah guna kuasa membabitkan menteri dan pemimpin Umno hanya disenyapkan.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan di atas tindakan segera BPR hanya kerana surat layang semata-mata. “Sedangkan sebelum ini kita mendengar banyak surat layang berkaitan penyelewengan dilakukan menteri-menteri tidak pula disiasat bahkan mungkin tidak dipedulikan pihak berkenaan. “Acap kali kita mendengar menteri yang terbabit rasuah seperti pernah disiarkan akhbar, tiada siapa yang peduli pun, tetapi kalau membabitkan pemimpin kerajaan negeri BPR mari dan terus siasat,” ujarnya di sini semalam.

Baru-baru ini ada pihak mengedarkan surat layang mengenai pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK) dan ia terus disiasat BPR.

Menteri Besar berkata, pelantikan Ariffahmi sebagai COO PMBK, dibuat berdasar kepada kelayakan yang dimiliki menantunya itu dan bukannya disebabkan hubungan kekeluargaan.

“Saya lantik dia bukan atas dasar dia tu menantu saya, tetapi atas dasar orang pandai dan berkelayakan. Oleh yang demikian saya pilih orang yang berkelayakkan, kebetulannya PMBK ni di bawah saya,” ujarnya selepas merasmikan Forum Rangkaian Usahawan Muslim Antarabangsa di sini.

Menurutnya sebelum ini jawatan terbabit dipegang Fadhilat Ismail yang meletak jawatan sebelum diganti Ariffahmi, di mana kebetulan menantunya seorang kelulusan dalam bidang kejuteraan.

Malah kata beliau perkara itu pun sudah dijelaskan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang sering ditimbulkan bekas ketua pembangkang, Tan Sri Annuar Musa.

Ariffahmi sebelum ini Ketua Sektor Hartanah di PMBK mulai Jun 2006. Sebelum itu pada November 2004 Pengurus Projek Bandar Baru Tunjung sebelum dilantik ke jawatan sekarang mulai 1 Febuari lalu.

Sebelum itu beliau bertugas jurutera di Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd. Berkelulusan ijazah sarjana muda kejuteraan awam dan sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA).Tuan Guru Nik Aziz berkata, bukan soal kroni dalam pelantikan Ariffahmi di PMBK sebaliknya ia berasaskan kelayakan.Menurutnya tiada sebarang masalah untuk melantik orang terdekat dalam keluarga sekiranya mereka benar-benar berkelayakan.

“Semua khalifah empat selepas Rasulullah saw merupakan keluarga terdekat baginda yang terdiri dari menantu dan mentua yang dilantik atas dasar kelayakan,” ujarnya. – mj

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: