B e r t a m @ d u n

Pakatan Rakyat Sokong Penuh Anwar Tanding Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

Posted on: 9 Ogos, 2008

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) — Pakatan Rakyat, gabungan parti pembangkang, hari ini menegaskan mereka menyokong penuh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun Anwar berhadapan dengan tuduhan liwat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kesemua parti gabungan itu yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR bersetuju sepenuhnya Anwar sebagai calon pakatan itu pada pilihan raya kecil itu.

“Kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh,” katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang membaca kenyataan bersama Pakatan Rakyat berkata pakatan itu juga bersetuju jika Anwar memenangi pilihan raya kecil itu, beliau akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kenyataan bersama itu yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi DAP Karpal Singh dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa adalah hasil mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan malam semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 Ogos sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pengundian pada 26 Ogos jika terdapat pertandingan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 51,955 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: