B e r t a m @ d u n

Pengundi Permatang Pauh usah mudah percaya fitnah – Nik Aziz

Posted on: 7 Ogos, 2008

Atiff Idris
Thu | Aug 07, 08 | 8:13:21 pm MYT 

KOTA BHARU, 7 Ogos (Hrkh) – Pengundi di Permatang Pauh diharap tidak mudah terpengaruh dengan fitnah yang sengaja disebarkan pihak lawan bagi memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengundi di kawasan parlimen itu tidak usah menerima andaian dibuat pihak tertentu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Ini kerana dalam kes tuduhan liwat beliau belum diputus bersalah kerana dakwaan kes itu masih di peringkat awal perbicaraan.

“Ini belum mencalar imejnya hanya dengan dakwaan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos ini berikutan penyandangnya, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Penamaan calon pilihan raya itu akan diadakan pada 16 Ogos. Ini bermakna tempoh berkempen selama 10 hari. Pilihan raya itu dianggap berat sebelah memandangkan Umno tiada tokoh untuk berdepan dengan Anwar sekiranya pilihan raya dikendalikan secara adil.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kehadiran Anwar ke parlimen cukup penting bagi rakyat Malaysia bagi memulih semula banyak kepincangan yang berlaku sekarang.

“Anwar mempunyai banyak penglaman dalam kerajaan di mana beliau pernah mengetuai Kementerian Kewangan di samping tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Lagi pun hendak cari pemimpin Melayu yang mempunyai ketokohan seperti Anwar begitu sukar terutamanya imej agamanya ketika memimpin Abim,” ujarnya.

Sementara itu beliau menyokong saranan pelbagai pihak supaya Forum Memeluk Islam yang akan dianjurkan Majlis Peguam dibatalkan kerana ia tidak mendatangkan banyak manfaat.

Ini kerana kata beliau sehingga sekarang sudah berjuta orang bukan Islam yang menganut agama Islam.

“Daripada mengadakan forum memeluk Islam lebih baik diadakan forum berkaitan perbandingan agama,” katanya.

Majlis Peguam dilaporkan akan mengadakan forum awam bertajuk Memeluk Islam yang dijangka menyentuh perlembagaan Persekutuan berkaitan Islam antaranya mahkamah tinggi tidak boleh membuat sebarang keputusan melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. – mj
 
www.harakahdaily.net

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2008
S M T W T F S
    Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 53,551 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
%d bloggers like this: