B e r t a m @ d u n

Cerita di sebalik tragedi rampasan kuasa di Perak

Posted by: bertamadun on: 11 Februari, 2009

Oleh sifuyus

Rasanya dah lebih dua minggu tragedi ngeri yang berlaku di Perak dikupas oleh pelbagai pihak.

Masing- masing cuba menegakkan hujah masing-masing. Apa yang menarik ialah cerita di sebalik cerita yang telah diceritakan oleh rakyat marhain  yang mungkin benar atau mungkin hanya rekaan,Allah sahaja yang mengetahuinya

Kisah kaum Cina dengan pemberian tanah kekalnya
     Sesuatu yang pelik ialah seolah-olah di Malaysia ini, kaum Cina digambarkan oleh media massa dan pihak UMNO seolah-olah bukan rakyat Malaysia sehinggakan pemberian tanah menjadi satu isu besar di Perak.

Sehinggakan MB Nizar dianggap boneka DAP.Tapi yang peliknya apabila Nicol Ann David dan Lee Chong Wei menjadi pemain nombor satu dunia,maka puak UMNO pun berbangga menyatakan inilah rakyat Malaysia.Apabila Bukit Genting diserahkan kepada jutawan Cina, Lim Goh Tong, mereka senyap aje.Yang menariknya MCA dan Gerakan diam membisu.

Maka berjayalah puak UMNO melanyak minda kaum Melayu bahawa tanah di Perak itu hak orang Melayu sahaja sehingga apabila kerajaan pakatan rakyat runtuh, orang kampung berkata,inilah payahnya bila kerjasama dengan Cina.Padahal yang menghantar barangan keperluan di kedai-kedai Melayu tu dah tentunya tauke Cina.

respeksblog

Tinggalkan jawapan

 

Februari 2009
A I S R K J S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 9,415 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.