B e r t a m @ d u n

Dr MAZA : Tokoh Maal Hijrah USM 1430H

Posted by: bertamadun on: 13 Januari, 2009

Disiarkan pada Jan 10, 2009 dalam kategori Bicara WebMaster |

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah USM 1430 Hijrah. Beliau yang dinobatkan Tokoh Dakwah, menerima wang tunai RM5,000, pewter dan sijil penghargaan.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas telah merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H sekaligus menyampaikan Anugerah Tokoh Dakwah Maal Hijrah (1430) Universiti Sains Malaysia (USM) pada hari Khamis, 8 Januari 2009, jam 2.30 petang di Dewan Budaya, USM Pulau Pinang.

Dr Mohd Asri, 38, yang kini sedang menjalankan penyelidikan di United Kingdom, diwakili ayahandanya, Zainul Abidin Osman, 70, telah hadir untuk menerima anugerah tersebut.

Dr Mohd Asri dipilih berdasarkan sumbangan besar beliau kerana menyebarkan Islam dengan tekun dan berdedikasi, bukan saja kepada USM tetapi juga di peringkat nasional dan antarabangsa.

Dr Mohd Asri ialah pensyarah Pengajian Islam di USM sejak 2003 sebelum dipinjamkan sebagai Mufti Perlis untuk tempoh dua tahun.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Perlis 2006.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Islam Klang sebelum menyambung pelajaran peringkat Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bahasa Arab dan Syariah.

Selepas itu, beliau menyambung pelajaran ke peringkat sarjana di USM dalam bidang Pengajian Islam dan Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Hadis.

Dr Mohd Asri memulakan kerjaya sebagai pensyarah di USM pada 2003 sebelum ditawarkan sebagai Mufti Perlis, tetapi pada masa sama masih terikat sebagai kakitangan USM.

4 Respons kepada "Dr MAZA : Tokoh Maal Hijrah USM 1430H"

bidaah x ni? .. kena ke dia semua x pa ke?

meh le masyuk sini, meh ler woi .. meh ler join skali.. kita jumpak kat Cbox ‘hiwar mulia’ ..

http://abu-syafiq.blogspot.com/

mamat ni bapak dia nama Abdul Talib ke Zainul Abidin?
apasal dok tukaq nama bapak pulak sdgkn dia sendiri haramkan? .. x caya meh tengok sini

http://abu-syafiq.blogspot.com/2008/02/mohd-asri-pendakwah-wahhabi.html

kat usm byk wahabi ke?

Tinggalkan jawapan

 

Januari 2009
A I S R K J S
« Dis   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 9,319 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.