Posted by: bertamadun on: 26 Disember, 2008
oleh Zalipaka
“Pagi tadi, penulis sempat bersarapan pagi di Sura Gate, Dungun. Temujanji dengan Wartawan Sinar Harian jam 10.00 pagi di sebuah warung depan Sek. Men Sultan Omar.. Suasana di warung itu agak sibuk kerana ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah di situ.Sewaktu hendak memesan nasi dagang, penulis terpandang kepada seseorang yang memakai T-shirt Hitam tertulis: ” Hard Core Christian ” serta berlambang salib!
Penulis cuba mendekati beliau dan bertanya, ” Awak Islam ke Kristian? “. Beliau diam. Sekali lagi penulis menanya dengan meninggikan sedikit suara takut kalau-kalau beliau tak dengar. Kali ini beliau mengangkat muka dan alangkah terkejutnya penulis apabila beliau memarahi penulis dengan loghat Ganu Kite seraya memanggil suaminya yang sedang menunggu di dalam van di depan gerai berkenaan..
Penulis dapat perhatikan perempuan Melayu yang tidak bertudung itu tidak begitu selesa ditanyakan soalan begitu, tetapi penulis tetap mempertikaikan mengapa dia memakai T-shirt yang bertulis dan berlambang Kristian???Malangnya, suami beliau (bertopi dan juga berbangsa Melayu serta memakai T-shirt yang sama) turun daripada van memarahi penulis kerana mangambil cakna statusnya lalu dengan tergesa-gesa membayar pesanan yang dibungkus dengan banyaknya itu, tanpa langsung mendapat PERHATIAN SEWAJARNYA daripada pelanggan-pelanggan lain di dalam warung tersebut yang terdiri daripada 100% orang melayu-Islam.
Apa yang penulis kesalkan ialah:
1. Kini sudah kedapatan Melayu Kristian di Dungun!
2. Lemahnya penguat-kuasaan terhadap gejala ‘Kristianisasi’ oleh pihak-pihak yang bertanggung- jawab; dan
3. Langsung tidak mendapat perhatian daripada masyarakat tentang bahayanya ‘Kritianisasi’ terutamanya di kalangan penduduk di luar bandar! Penulis hanya dibairkan dimarahi begitu sahaja tanpa mereka datang membantu atau bertanyakan penulis!…
“Renung-renungkanla h saudaraku seagama!”
knape x jwb?????????
bod
find out the answer by your self.
dont judge them just from the cover!
orang islam tak boleh pakai pakaian yg ada salib…..sudah jelas ia menyokong agama kristian……Nak judge apa lagi… jelas…kenapa lari bila tanya….you jangan main-main dalam hal ini..
taw pown xske owg tye cmtu.brani wat brani tanggung la.da xtaw hukum hakam ke??
Setiap orang islam , perlu peka dlm hal ini. Buat teguran spt saudara zalipaka lakukan, jika ada perkara-perkara yg mengugat akidah umat islam dalam apa bentuk.. dan hebahkannya……
korang ni bodoh la..mksud ida suh korg judge mknanya sedar la skit. kebebasan beragama adalah hak masing2..stkat nk ikut agama nenek moyang buat aper.yg korg2 sibuk2 sgt,smyg ckup x? puasa x tinggal ke? setahu aku la,yg mulut kuat bbunyi la yg paling xbleh pakai.
sebenarnya tak ada perkataan kristianisasi, cuma ada isalamization. Malaysia mengamalkan kebebasan beragama. Kalau ini tidak benar, maka kita mempercayai sistem yang sedang menipu kita tanpa kita menyedarinya.
FIKIR
18 Februari, 2009 pada 12:41 pm
kenapa org melayu kt warung tu masuk kristian…..bangang gila….astaghfirullahalazim…………