B e r t a m @ d u n

Aliran Sains atau Sastera; Lagi kesilapan dasar kerajaan

Posted on: 6 November, 2008

Dilulus terbit pada Thursday, November 06 @ 13:45:00 MYT oleh AbuJihad 
 

 Oleh abangraja

“Assalamu alaikum… Semalam ada pelajar yang menelefon menyatakan kebimbangan takut tak dapat masuk aliran sains tahun depan tingkatan 4. Ketakutan itu meliputi takut mak bapak rasa kecewa, sedih dan sebagainya. Takut malu dengan kawan-kawan, malu dengan saudara mara dan sebagainya.

Isu sebenarnya tentang masuk aliran sains ni telah lama berlaku. Rasanya sudah berlarutan lebih 10 tahun. Masyarakat rata-rata melihat jika anak dapat masuk kelas sains maka ianya menjadi satu kebanggaan. Hinggakan ada yang memandang rendah jika anak-anak tidak dapat masuk kelas sains.

Pihak sekolah juga rata-rata begitu menekankan, mengiklankan tentang cerahnya masa depan jika masuk kelas sains. Betulkah begitu? Adakah ianya benar? Hingga kini, barulah baru-baru ni para menteri dan ahli politik serta beberapa cerdik pandai mengeluarkan kenyataan bahawa negara perlu juga seimbangkan antara penekanan kepada bidang sains dan satera ini. Inipun berlaku setelah keputusan pilihanraya umum ke 13 lalu menyedarkan pemerintah bahawa kiya sebenarnya kurang pakar, penganalisa, bijak pandai dalam sains politik, perancangan strategik dsbg. Hinggakan dikatakan pula perlunya diujudkan penubuhan dana khas untuk research dibidang sastera seperti sains politik, sosiologi dsbg.

Sebenarnya dasar kerajaan yang begitu mengagungkan aliran sains, arahan kementerian pendidikan agar kuota pelajar aliran sains dipenuhi walaupun syarat tak berapa mencukupi sebenarnya amat menyusahkan malah memberi impak yang cukup negatif pada masa panjang. Matlamat menghalalkan cara (teori machieveli) yang diamalkan kementerian ini menjejaskan banyak aspek kehidupan pada jangka panjang. Pelajar yang tak berapa layakpun boleh masuk kelas sains semata-mata untuk penuhi kuota. Akhirnya ambil add math, fizik, kimia dan sebagainya di peringkat SPM yang akhirnya membawa padah.

Kesan teori dan pelaksanaan dasar yang dilaksanakan tanpa kajian yang menyuluruh ini telah banyak memberikan impak negatif. Pelaksanaan dasar sepatutnya melihat bahawa kebolehan individu itu Allah taala jadikan berbeza. Ada orang yang dilahirkan dengan kebolehan A dan ada kebolehan B. Amat tidak lojik jika kita mengatakan masuk aliran sains cerah masa depan kerana berapa ramai yang berjaya di Malaysia ini adalah dari aliran sains? Apakah peluang pekerjaan di Malaysia ini hanya ada pada aliran sains? Bagaimana kerja bank, pengurus dana, akauntan, ahli politik, wartawan, peguam dan banyakk lagi kerjaya lain selain dari bidang sains.

Satu masa dulu kerajaan begitu mewar-warkan tentang bidang BIOTEKNOLOGI. Hinggakan sesiapa sahaja yang habis SPM dari aliran sains jika ditanya nak sambung kat IPTA bidang apa ramai yang cakap bidang BIOTEK. Bila saya tanya balik bidang BIOTEK tu apa? Yang itupun mereka tak tahu… yang mereka tahu cikgu sains kata bidang tu cerah masa depan? Benarkah begitu? Banyak sangatkah peluang pekerjaan bidang tersebut? Sudah tersediakah infrastruktur bidang tersebut dinegara kita? Kalau ada pun mampukah kita menampung lambakan graduan IPT dalam bidang tersebut?

Saya masih ingat satu masa dulu adik saya mendapat 4A dalam PMR disekolahnya. Sekolah kampung sepertinya keputusan 4A tu sudah jadi best student dan melayakkan diri masuk aliran sains di tingkstan 4. Saya sendiri pergi ke sekolahnya dan tukarkan dia masuk aliran sastera perakaunan. Disebalik pujukan guru kelas dan kaunselor serta pihak sekolah yang lain kami bertegas untuk letakkan adik saya itu dikelas sastera perakaunan. Tujuannya tidak lain kerana kami sudah dapat tengok kepututusan PMR tersebut 4A (Math, Agama Islam, Bahasa Melayu, Sejarah)… ini bukannya layak masuk kelas sains. Ini cari nahas !! Dan akhirnya bila SPM dua tahun kemudian adik saya dapat jadi best student sekolahnya (sekolah kampung) dengan mendapat 8A aliran sastera perakaunan melayakkan dia masuk matriks seterusnya masuk UiTM buat ijazah bidang Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia). Adik saya kini bekerja di KL dengan syarikat swasta sebagai human resource manager berpendapatan RM3000 lebih…

Saya masih ingat sewaktu saya tukarkan adik saya ke aliran sastera masa tingktan 4, ada saudara yang mengejek sebab anak dia masuk aliran sains … dengan bangganya tiap2 tahun selama 2 tahun tingkatan 4 dan 5 tu dia puji anak dia yang belajar di aliran sains… kononnya nak jadi doktor laa nanti… anak dia tupun masa PMR dapat 4A macam adik saya. Tup..tup.. bila SPM anak dia just dapat 1A subjek bahasa Melayu … nak masuk matrikpun tak layak… at last masuk form 6 aliran sastera jugak… kuang..kuang kuang….

Jelas sekali kita telah silap meletakkan satu gambaran bahawa aliran sains adalah segala2nya. IANYA TIDAK TEPAT SAMA SEKALI!! Bukan aliran sains ataupun sastera tetapi kebolehan, minat secara individu, kebolehan semula jadi adalah merupakan faktor yang diambil kira. Masa adik saya yang sorang lagi masuk MRSM Kuala Berang .. dia adalah antara pelajar cemerlang disana. Keputusan SPMnya straight A tapi oleh kerana beliau tidak minat dengan sains maka dia sambung ke USM buat Ijazah dalam bidang Pure Mathematic. Bagi kami itu adalah minat dan kebolehan dia… walaupun semua ahli keluarga nak sangat dia jadi doktor tapi kami akur dengan minat dia… kami tetap bagi sokongan… kenapa kita perlu lebih2 memaksa dia buat aliran sains sedangkan yang nak belajar tu dia… bukan kita?

Lagi satu… bila pelajar yang lemah ni masuk aliran sains sudah tentu mereka tidak mampu bawa mata pelajaran Add Math, Fizik dan sebagainya tu. Akhirnnya first test dalam kelaspun dapat 0%. Ada cikgu mengadu kat saya ada pelajarnya masih dapat 15% dalam ujian disaat sebulan sebelum SPM. Inilah puncannya! Kita terlalu nak masuk kelas sains tanpa memikirkan minat dan kebolehan anak2 kita. Bila pelajar ni asyik dapat keputusan rendah dikelas sains sepanjang tingkatan 4 dan 5 maka mereka akan jadi demotivated untuk belajar. Mereka jadi tak seronok. Bila tak seronok maka disitulah bermulanya perlakuan langgar disiplin, bercinta, jenayah dsbg. Sebab fokus para pelajar ni sudah lari… mereka tidak minat lagi beljar sebab mereka merasakan mereka tidak boleh cemerlang disitu… so mereka akn cari alternative lain dimana mereka boleh lepaskan tekanan tersebut. So what!!! Kadar jenayah dikalngan remaja sekolah meningkat… kes bersalin dalam dewan peperiksaan pun ada….

Masalah ni belum berakhir lagi… ditambah pula dengan pengajaran math sains dalam bahasa inggeris maka lagilah hancur!! Yang diajar dalam bahasa melayupun ramai yang kantoi diajar pulak dalam bahasa inggeris. Kalau iapun kenapa tak mulakan di MRSM dan SM Sains atau SBP terlebih dahulu. Biar budak2 yang cream ni dulu lalui pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Langkah ini akhirnya membawa kementerian memudahkan soalan dan sistem pemarkahan subjek2 ni agar nampak kepada masyarakat pengajaran math sains dalam bahasa inggeris ni BERJAYA kononnya…agar tidak di tempelak pembangkang dan cerdik pandai yang menentang dasar ini diperingkat awal lagi …Siapakah yang menanggung beban hasil dari langkah bodoh kerajaan untuk berbisnes LCD Projektor dan LAPTOP ini? Siapa lagi kalau bukan rata-rata rakyat miskin yang rata-ratanya orang melayu.

Akhirnya bila soalan dan sistem pemarkahan dipermudahkan maka masuklah IPT pelajar2 yang sebenarnya lemah sangat2 subjek2 sains tapi buat kursus engineering, medic dan sebagainya.. . nampak tak rentetan masalah akibat dari satu langkah mempolitikkan institusi pendidikan ini? Haaaa… saya ke politeknik dan IPTA / IPTS seluruh Malaysia mendapati rata2 pensyarah mengeluh sebab mereka menerima pelajar yang mana SPM aliran sains .. result nampak macam OK tapi persamaan serentakpun tak tahu apa… Y=mX + c pun tak tahu apa? Just imagine …

Apa akan jadi pada generasi akan datang…??? !!! Bila pensyarah bagi markah teruk atau menggagalkan pelajar2 itu.. maka timbul pula isu… arahan dari orang atas agar permudahkan juga marking di IPT … sampai ke IPT campurtangan orang politik ni berlaku… akhirnya keluarlah ramai graduan IPT yang rata2 melayu … ada ijazah… ada diploma tapi tak boleh buat kerja. Buat jambatan… jambatan runtuh… operate ibu bersalin tertinggal tuala dalam perut… jadi hakim… orang yang terang-terang bersalah dibebaskan.. . orang yang terang2 tak salah takde bukti … mereka akan gubal undang2 biar dia didapti bersalah … even jadi ustaz, ustazah atau penceramah.. . yang betul tak dicakap… cakap semuaaaaa yang membodek … jaga periuk nasik!!!!
INILAH PERMULAAN KEHANCURAN SESEBUAH TAMADUN!
-DR. ABANG RAJA-”

163 Respons to "Aliran Sains atau Sastera; Lagi kesilapan dasar kerajaan"

Salam Dr

Saya pon nak masuk aliran Sastera kerana saya nampak pelajaran sastera lebih mudah. Dan saya pon takut kalau saya ambil aliran Sains Tulen, kerana saya tak seberapa mengingati nama-nama material sangat. Even Sains dalam Tingkatan 3 pon saya sudah lupa. Tapi saya tetap dalam kebuntuan untuk memilih aliran ini. Alhamdulillah saya telah dapat 7A dan 2B dalam PMR yang lalu. B saya Sejarah dan Arab. Jadi, saya harap Dr boleh cuba terangkan kepada saya kelebihan aliran Sastera ini dan apa kerjaya yang boleh saya ceburi serta universiti mana yang boleh saya lanjutkan pelajaran.

assalamualaikum.. saya plajar f4 2010..
Sy rasa.. anda perlu mengambil aliran sains tulen.. kerana anda amat berminat dlm subjek berikut..
Aliran yg ditetapkan disekolah sebenarnya kita boleh edit sendiri..
aliran sains yg patut anda pilih ialah(anda tdk perlu kisah dgn aliran sastera lagi.. kerana alira sains dibawah digabungkan dgn aliran sastera) (sej dan B.A anda lebih teruk dr science anda.. bahaya) :
Sains Akaun (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + p. akaun)
Sains Pertanian (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + spn / agroteknologi)
Sains Islam (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah + Pendidikan Syariah Islamiah+ B. Arab)
Sins Teknikal (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +LK)
Fikir kembali”Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?”

saya plajar stpm…sya dpksa msk kls sastera krana result sya tdk ssuai utk msk kls ekonomi @ pangajian perniagaan…sya x thu mcm mna nk cba beri prhatian msa blajar sdngkn sya lngsng x mnt nga sastera….coz ambition sya nk jd ushwan….so klau sya amik sastera bleh ke sya nk jd ushwn d msa akn dtang??

assalamualaikum….
saya bakal menduduki PMR pada tahun ini…disekolah,rakan2 sdah berbincang mahu memilih aliran apa pda thun hdpan…
sya minat aliran sains tetapi ibu dan bapa saya melarang saya mengambil aliran sains…
mereka menyuruh saya mengambil aliran sastera..tetapi saya tidak minat…dalam ujian tingkatan 3,saya sering mendapat merkah tertinggi dalam subjek sains……
saya konpius la…

assalamualaikum.. saya plajar f4 2010..
Sy rasa.. anda perlu mengambil aliran sains tulen.. kerana anda amat berminat dlm subjek berikut..

Aliran yg ditetapkan disekolah sebenarnya kita boleh edit sendiri..

aliran sains yg patut anda pilih ialah(anda tdk perlu kisah dgn aliran sastera lagi.. kerana alira sains dibawah digabungkan dgn aliran sastera) :
Sains Akaun (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + p. akaun)

Sains Pertanian (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + spn / agroteknologi)

Sains Islam (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah + Pendidikan Syariah Islamiah+ B. Arab)

Sins Teknikal (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +LK)

Fikir kembali”Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?”

thun ni sya SPM…memang satu cabaran besar sbb sya aliran sains tulen…sya agak sukar nk faham dlm subjek fizik kimia dan addmath sejarah pulak pyh nk hafal fakta…tpi kalau bio memang sya fokus hbis dn result bio better then 3 subjek sains tdi…sekarang dh september..sya tkut sgt kot x sempt…sbb sya nk jdi doktor,sya ade ambk tuisyen tpi masalahnye sya susah nak fokus dan faham.. jdi macam mana sekarang…

saya dari aliran peakaunan..saya tidak b’minat dalam perakaunan tetapi saya amatb’mint utk menjadi doktor…saya rasa hina apabila cikgu meletakkan saya dalam aliran p’akaunan…saya tak dapat nak focus utk Spm tahun nih…rasa macam nak bunuh diri…
result saya menurun mendadak…saya tak dapat nak teruskan….
tolong bantu saya…boleh kah saya ubah aliran masa di universiti???saya bagus dalam subjek mathematik dan bahasa inggeris…please answer my question!!!

boleh memilih computer science dan apa2 methamatical course di u nanti.. methamatic xde kaitan ngan jurusan sains.. sepatutnya anda boleh mengambil subjek sains juga walaupun anda di kelas akaun.. dan anda juga berhak untuk drop subjek itu..

biologi fizik kimia.. ttp boleh diambil,.. tp cuma anda tidak perlu masuk ke kelas sains.. juz belajar di tuition ataw diluar waktu p&p dgn guru sc stream.. ^^

assalamualaikum,saya pelajar ting.3 yg bkal menduduki pmr,cita2 saya nak jadi peguam syariah,saya tak nak masuk kelas sains,jadi apakah aliran yang perlu saya ambil tahun hadapan 2013??

saya pmr 2010 , saye memang berminat ngan aliran sastera . tetapi ianya tidak membangga kan ibu bapa saya . mereka lebih suka saya masuk sains . tp result trial saya kurang memuas kan . mcm mane ni ? klau dpt result bagus pmr syukur . boleh saya masuk teknik , aliran ape ye ? cita-cita saya cikgu bi . mcm mane ? nk masuk aliran ape ? teknik mcm mane pulak ? tlg..

Lebih baik memilih aliran sains pertanian atau pengajian agroteknologi.. ia memudahkan anda memasuki mana2 universiti.. subjek teknik tersebut boleh menjadi backup kpd subjek sn nnt.. tp anda juga dinasihatkan untuk mengambil m/p Bahasa Arab Tinggi

assalamualaikum.. saya plajar f4 2010..
Sy rasa.. anda perlu mengambil aliran sains tulen.. kerana ia berbentuk luas….
Aliran yg ditetapkan disekolah sebenarnya kita boleh edit sendiri..
aliran sains yg patut anda pilih ialah(anda tdk perlu kisah dgn aliran sastera lagi.. kerana alira sains dibawah digabungkan dgn aliran sastera) :

Sains Pertanian (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + spn / agroteknologi)

Sains Islam (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah + Pendidikan Syariah Islamiah+ B. Arab)

Fikir kembali”Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?”

Betul cakap anda. Ramai kawan saya punya abang dan kakak pun banyak bermasalah selepas mereka masuk science stream. Tentang saya pula, saya tahu sekolah mesti akan letak saya dalam science tetapi saya tahu kemampunan diri dan saya ingin masuk aliran perdagangan. Sebab impian saya ialah menjadi seorang peguam. Saya tahu betapa susah untuk buat bagus dalam aliran sains tetapi berapa yang betul-betul akan berjaya ? Doktor ? Kalau kurang satu A dalam University pun tak jadi. Tentu cakap saya ini agak lampau bagi pelajar-pelajar yang sudah berjaya dalam bidang tersebut. Macam mana tentang lain sudah gagal dalam bidang tersebut? Adakah mereka betul-betul nak masuk sains stream ? Adakah ini sebab paksaan ibu bapa atau ikut rakan-rakan ?

aliran sains bukan terbuka untuk bdg kedoktoran sahaja..

anda boleh memasuki aliran lain.. cuma lebih elok klu aliran sains itu dtambah Bahasa Arab tinggi

awk ingin msuk perdagangan,tp aliran sn. sye pula ingin msk sn tp aliran perdagangan, sye ingin msk sn stream tu kerna sye ingin jd pilot.tp btl ke pilot mesti science stream

assalamualaikum…syer bru jew abes mnduduki pmr baru2 ni.dalam masa terluang ni,,,syer dah byk memikirkan mase depan saye,,sye tekad nk amik aliran sains tp ade satu sbb syer tkot nk amik alira sains iaitu ..sye rtakut bila kuar result yg kurg memuaskn,,,syer x dpt nk amik aliran sains…saye arap dpt la mnjwab pertanyaan syer ni..

kalau anda t’paksa ke kelas bukan sains tulen.. anda perlu berjumpa dgn su peperiksaan segera .. dan mengatakan bahawa anda berminat untuk mengambil 3 subjek sains tersebut.. dan secara automatiknya anda akan menjadi pelajar aliran sains.. akaun kalau ingin diteruskan pon tdk menjadi mslah,, (dsarankan ambil B.Arab Tinggi)

Cuma anda perlu berlajar dr tuition atau belajar di luar waktu p&p dgn guru sc stream di skolah anda

sekolah saya 100 persen aliran sains. saya baru saja habis pmr. minat sy lebih cenderung ke arah sastera tetapi dalam masa yang sama saya turut memikirkan kelebihan aliran sains. tolong bantu saya.

assalamualaikum.. saya plajar f4 2010..
Sy rasa.. anda perlu mengambil aliran sains tulen.. kerana anda amat berminat dlm subjek berikut..
Aliran yg ditetapkan disekolah sebenarnya kita boleh edit sendiri..
aliran sains yg patut anda pilih ialah(anda tdk perlu kisah dgn aliran sastera lagi.. kerana alira sains dibawah digabungkan dgn aliran sastera) :
Sains Akaun (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + p. akaun)
Sains Pertanian (pai,bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej + spn / agroteknologi)
Sains Islam (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +-Pendidikan Al-Quran dan Sunnah + Pendidikan Syariah Islamiah+ B. Arab)
Sins Teknikal (bm,bi,mt,add mat, fiz,kim,bio,sej +LK)
Fikir kembali”Sebenarnya aku hendak senang lulus SPM atau hendak mengecapi impian aku?”

saya sudah melepasi pmr . saya lulus dalam pmr . tapi saya bingung nak pilih aliran mana . saya lebih suka aliran sains tapi saya takut tak boleh bawa pulak subjek fizik dan kimia . kalau aliran perdagangan saya suka juga subjek akaun . tapi cita 2 saya nak jadi doktor dan angkasawan . ibu bapa saya lebih menegaskan aliran perdagangan. kalau aliran perdaganan kita boleh jadi apa . lagi satu saya nak tanya , aliran sains dan aliran teknik ada berapa subjek ya .

salam,, saya baru je mbik result pmr 2010 mggu lpas.. result sya kurang memuaskan.. saya cuma dpt 3A 5B (A-bm,math,pai) (B-bi,sc,kh,sej,geo).. saya jenis y suka fikir logik, x suka membaca, x pndai m’hafal… saya nak mta pendapat,, pa aliran y sesuai utk saya sb saya tkut jika saya t’salah langkah dan akn m’hancurkan msa dpan saya.. tolong la… tgah bingung nie…..

pmr 2010 sya tlah mndpt 8A 1B..B sya english..jadi cita2 sya nk jadi doktor jntung..saya slalu mndengar org rmai ktakan yg aliran sains ini dbanggakan,tp bla spm..tak dpt smbung mna2..jd sya nk pndpt DR

pmr saya 7a 1b, sekolah saya hanya menawarkan sains tulen dan sains teknikal. Namun saya keliru utk memilihnya,
antara minat dan bakat atau memilih peluang pekrjaan yang lebih cerah atau meluas. Minat saya lebih cenderung ke arah sains teknikal, namun peluang pekerjaan yang ditawarkan hanya sedikit.Jika saya memilih sains tulen, ia tidak memenuhi minat dan jiwa saya dalam bio walaupun peluang pekerjaan sangat meluas. untk pengetahuan tuan, cita2 saya adalah arkitek. jd saya nk mnx pndapat tuan sama ada memilih minat atau masa depan yakni peluang pekerjaan yg lebih luas….

assalamualaikum… sy ingin minta pndpt.. pmr sy 8a.. sy ingin menjadi seorg pensyarah skrang sy mgambil aliran sains tetapi sy masih keliru apakah aliran yg sy ambil itu benar.. kluarga sy smua mcadangkn untuk mgambil aliran sains tetapi apabila mdgr crita bhwa aliran sains ini susah dan mmerlukan usaha yg keras untuk skor sy mjadi was-was utk mgambil aliran tersebut..

dmna ada kmahuan dstu ada jln,,,pd pndpat sy kamu ssuai d kls sn,,,,blajar mmng sush,,,x da yg snang,,,,cuba lar,,,

salam ..
saya agak bingung jgak la na plih aliran mane ..
klau na di ikut kan..
saya lemah bidang math n sns ..
tp sy minat dlm subjek sprti sej..p.islam..bi..dan bm ..
result saya dlm subjek sej ngn p.islam agak m’berangsangkan coz sy mmg minat subjek tu..
tp result sains dan math sy pon ats pagar lulus ..

result pmr sy 4A..kt skolah mmg da layak msuk klas sains..
lg pun tahun 2010 , kt skola saya ta ramai
plajar yg dpt result gempak..
jd haruskah sy memilih msuk klas aliran sains atau sastera ?
kakak2 sy ckp..klas aliran sains byk cabang boleyh
pergi bila kt u nnti..
jd sy na mntak pendapat dr =)

sy plajar dr kls sstera,,,smasa pmr sy dpt 6a 2b….dskolah sy plajr yyg mndpat mat n sn a lyak msok kls sn,,,,namun sy kurang mmpnyai mnat dlm mtapljrn mat,,,apbla ddk kls sain 4 sbjk mlbtkan mat,,,mat,addmat,fiz,kimia,,,symulai trtkan,,,lants mmohon kkls sstera,,kputsn sy mndpt tntngan bnyak phak,,,,tp sy pekakkn tlinga je…akhirnyyer skrng sy gmbira d kls sstera skrgg,,,,pprksaan bru2 niy sy dpat no 2 kselurhan mengalhkan kls sn,,,fikir2knlah

salam……………..
sy plajar f4,,skrg ni sy blajar dclass sc..tp msih ragu2 nk dduk clas sc ayau sstera…pmr sy dpt 5a(bm,geo,sj,mt,pai) 3b(sc,ba,khb) 1c(bi)…..sla bri pndpat

adik,,,pd pndapt sy lebih baik kamu mmilih kls sstera..sy dahulu mmproleh 6a dam pmr,,iaitu mat,sn,geo,bm,sej,pai,,,namun sy dpati sy lemah dlm sbjk mat dan mngambil kptsn kkls sstera,,,skrng sgalanyer cool jew,,,

salam……….
sy f4,,,,tp xthu nk plih aliran sc atau sstera,,pmr baru2 ni sy bley 5a,3b,1c………skrg ni sy blajar d clac sc…tp msih rgu2 nk ambl sc@sstera….

klu anda rs ragu2 ada susah sikit buat kptusan ana,tp klu anda minat sastera maybe anda blh msuk krn minat anda,tp sye rsa awk tkt menyesuaikn siri dlm kls bru kot..maybe awk skrg ni sdh sesuaikan diri dlm aliran sn

assalamualaikum,,,,,sy mrupakn plajr dr kelas sstera yg akn mnduduki spm pd thon ini…..smasa pmr sy mndpat 6a 2b yg melaykkan nama sy terbris dlm kelas sains yg pertama d skolah sy,,,namun slepas pperksaan yg prtama d klas sains sy mngmbil kptusan untk ke klas sastera,,,diikuti 2 org rkn skelas sy,,kputusan kami ini mndpat kjutan dr ckgu dan dipnggil mnghadap bberapa org guru,,,namun sy dan kwn nekad utk ke kls sstera,,mninggalkn kwn2 d kls sins dan brtkar ke kls sstera pd mulanya mmberi kjutan kpd sy krana suasananya yg brbeza,,smkn lama sy dpt sesuaikn dri dng keadaan…sleps pprksaan dlkls sstera sy tlh mndpt 6a dn no 2 dlm kslurhn tngkatn trmsk kls sn,,wlupon bgitu sy mulai bmbng dgn ckp2 org yg mngatakn pluang sy xcerrah unt msok u ,,

assalamualaikum…saya plajar form 3…msalahnye saya x tau nak amik aliran ape thun dpn??kptsn prcbaan saye dpt 5 A ( bm,ba,mt,sj,pai ) 2 B ( geo n khb ) 1C ( sn )…patutkah saye amik aliran sastera @ saye prlu amik aliran sains tulen??

Saya rasa anda patut ambil aliran sastera kerana awak lebih tertumpu kpd subjek2 sastera

pa yg awk minat,klu minat sn ini agak berat sikit,tp klu minat sn pn x pa masuk aliran sn.

Farhana. sebenarnya aliran sastera pun boleh menentukan masa depan seseorang. Anda juga boleh mengambil jurusan yg ditawarkan di universiti

ckp org jgn mudah untk kta percaya, yg penting kta percaya pada diri kt, dgn kesungguhan yg ada pd kt.klu dgr org ckp mcm tu ,adkah dia berpengetahuan samgat ke? ckp peluang ms dpn org x cerah,lg pn bkn dia yg tebtukn tp diri anda menentukn nya

salam…..thn nie saye bkal mnduduki SPM….so sye ade trpikir course ape yg ptot sye ambil…..sye mngambil aliran sastera(subjek asas..subjek elektif-reka cipta dan tasawwur islam)……soalan saye…COURSE APAKAH YANG SESUAI DENGAN ALIRAN ELEKTIF YANG SAYA AMBIL…???apakah subjek yg harus lulus jika mengambil course architecture??dan ipta mnekah yg ade menawarkan course architecture

assalamuailaikOm…thon dpan spm akan sya tempUh .namun masih tertnya2 dengan kerjaya yg boleh sya ikuti dimsa hadapan ..aliran yg sya ambil sastera dan sbjek elektif (perdagangan,ekonomi,dan tasawwur islam)…jika sya berminat mengikuti kursus arkitek dan perakaunan adakah sbjek2 tersbut dapat membantu???tlong bgi pandangan dan pendapat..

Saya rasa awak patut ambil aliran ekonomi atau pengajian perniagaan kerana arkitek perlu subjek fizik dan seni manakala perakaunan perlukan subjek prinsip akaun.

tp dpt ke kt ambil subjek sn klu bkn d aliran sn.

assalamualaikum
saya budak spm thn ni. saya amik aliran sains. spm dah dekat tp saya masih tak boleh nak skor subjek sains. nak skor B pon susah nikan pulak nak skor A. kalau saya pnya result spm , teras je yang A tp elektif saya teruk , ada tak u yang nak amik saya? saya ni dahla tak tau cita-cita nak jadi apa. tolong saya. saya tak nak gagal dlm hidup. tp saya masih tak boleh berubah , saya pemalas sngat. saya amik aliran sains sbb saya ingat senang nanti nak masuk u. betul ke? lpas spm kalau result saya yang mcm saya ckp tadi tu , saya patut amik course apa? . saya dah lah tak da kemahiran huuuuuuuuuuu bantu saya T__T spm dah dekat ni

tp x semesti nya amik aliran sn dpt masu u, yg penting kegigihan yg harus ada. dlm kehidupan kta harus ada matlamat untuk terus mara kehadapan, klu x nk gagal dlm kehidupan itu kira satu matlamat yg baik.tp kemalasan yg ada pada diri awk tu harus d kurangkan.dan awk coba pikir pa yg awk minat.mustahil dlm kehidupan tiada untuk kta minat,kta org x dpt nk paksa pa yg course kamu patut ambil krn itu adlh hak kmu untuk memilih jln kehidupan tq.

tolonglah balas soalan saya. saya benar2 terdesak. saya sudah cuba buat ikhtiar lain tp tak berjaya. saya dah pegi kaunseling tp masih zero. saya masih buntu. bila kwn2 saya baca buku , saya bercerita. masalah saya skrg ialah saya sangat pemalas dan suka menangguhkan kerja. saya yakin saya mmg tak dpt nak skor subjek sains yg saya ambil. jadi beritahulah saya , jika saya pnya result spm yang teras je A tp subjek sains yang lain saya teruk , ade ke u yg nak amik saya? saya perlu thu kerana bila saya thu barulah saya akan berusaha lebih sikit. dan apakah course yang sesuai untuk result yg mcm saya ckp tadi? dan saya mengaku saya mmg dah slh pilih aliran T__T

klu mcm tu, baik awk fikirkan apa yg sbnr nya awk minat, dgn thu apa yg awk minat kemungkinan awk akn perbaiki apa yg awk lemah itu.agar awk trus mencapai minat awk tu.

salam,,apakah aliran yang sesuai bgi saya? saya minat mnjdi kaunselor..help me :D

kaunselor aliran mana-mana boleh. tapi mesti tahu soal agama dan sivik.

lgi satu hrus pandai menyimpan rahsia heeheh

saya minat jadi peguam . aliran ape yg sesuai bg saya? pleasee reply komen saya ni :’(

sye rasa maybe aliran perdagangan dgr kta org la.tp sye pn x sure jugak.tp yg penting nya harus terer sejarah..maybe kot

sbenarnya, nak jd peguam aliran ape2 pn bleh… cme add math maybe di ambil kira…
so,sy cadangkan amek aliran yg ade add math. cnthnye, sains atau akaun.

untuk menjadi peguan penguasaan bahasa melayu,inggeris,dan sejarah sangat di di peruntukkan..seorang peguam kebanyakannya berasal dari aliran sastera.

asalammualaikum,sye dr aliran perdagangan tp sye ingin ke aliran sn,kerana sy ingin menjadi seorang pilot.dgr kta klu nk jd pilot mesti msuk aliran sn btl ke? lgi pn abg dan kakak sy smua dpt science tulen. tu yg buat sye malu.mcm mna ni

salam, kalau nak jadi pilot nak kena ambil aliran apa eh utk tingkatan empat nanti?

pilot memerlukan subjekseperti fizik,kimia,addmath,biology,bahsa inggeris dan bahasa melayu.subjek2 ini berada dalam aliran sains tulen.jadi kamu lebih baik masuk ke aliran sains tulen .

Assalamualaikum. Saya telah mendapat keputusan PMR, yela tidak la terlalu bagus. Saya cuma mendapat 2A iaitu, mate dan bm. Yang lain B cuma sejarah dan KH(Perdagangan) saya mendapat C. Jadi saya perlu mengambil aliran apa? Susah semestinya saya tidak mendapat masuk aliran Sn tulen.

Assalamualaikum,PMR saya 2A 5B 1D .A ialah math dan KH.D ialah BI.bolehkah saya masuk aliran sains.

salam,saya ingin menjadi tentera udara,apakah aliran yg saya kene ambil dan adakah saya harus masuk STPM??

sy dpt 4a ( bm , pai , geo n mt ) 4b ( bi , sc , sej , kh=kmt )
utk pengetahuan anda , cita-cita sy ialah akauntan , tp ckgu n mk ayh sy sruh sy msuk sc , kdg2 alasan yg diberikan oleh mereka semua logik n msuk akal , mklum la sy skolah harian biasa n rsult sy da cukup utk sy msuk aliran sc , aliran ape yg ptut sy amek wktu fom 4 , sy kliru , tolong sy !

result pmr sy dpt 5A 3B sy dpt msk aliran sains tulen tp ble sy baca mklumt td sy rse confius bab math sy dpt B so patut ke sy tukar ke sastera tp sy takut parent marah la…

selamat sejahtera DR,.saya berada di aliran perdagangan..result saya pmr 2011 saya dapat 4A 3B 1C..sebenarnya saya nak masuk aliran sains,sebab semua ahli keluarga saya masuk aliran sains,tu yang buat saya rasa malu sangat..saya nak tanya DR,apakah kelebihan apabila masuk aliran perdagangan?dan,apakah bidang pekerjaan yg berpihak kpd saya jika saya masuk aliran ini?

sy ialah pelajar tingkatan 4
saya amat keliru hendak masuk ke aliran sains atau sastera
bapa sy menyuruh saya masuk bidang sains dan emak sy pulak menyuruh sy masuk sastera
apa yg patut sy lakukan sy takut mengecewakan kedua2 dua ibubapa saya…..
mcm mn sekarang

Bukan sebenarnya parent awak nak awak fikir dan decide sendiri. Sebab tu mereka beri different opinion. Hanya anak yang matang akan buat keputusan sendiri.

hmm..sy pelajar tingkatan 5
tahun ni nak spm…sya ambik aliran sastera…bm,bi,arab,quran sunnah,syariah,math mod,sci,sej,eko,perdgangan,tasawur….
org ckp klu tak ambik akaun dgn add math tak berapa nk boleh msok ipta,…btol ke?grrr…sakit hati je dgr…
lps nih boleh pegi mne?hmm…sy pk nak jadi cikgu sejarah…
ingt memang nak ambik aliran sci,tapi dah tak pandai…tak kan nak msok jugak….hmm..mcm mna skrg nih…

salam,cita cita saya nak jadi ahli geologi tetapi saya ambil kelas sastera. jadi boleh ke kalau saya nak ambik course geologi?

assalam .. taon ni sye spm . aliran sc tulen .
minat saya lebih kpd akaun ..
ade tak course yg sesuai untuk saya ?
anyone ..pleasee bantu umat yg serba kekurangan ini .

assalam..thn ni sye pmr..sye skrng nie tgh pening kepala apa aliran yg saye akn ambil pada thn hdpn..mse peperiksaan mse tu kptsn sye tidaklah cemerlang…mata pelajaran sains sye mndpt B shje..tapi saye lebih berminat kepada subjek sejarah dan geografi…apekah aliran yang patut saye ambil..

assalamualaikum…sy ni plajar form 4 tahun 2012..pmr sy ..alhamdulillah 9a..sy dpt sbpi kuantan..then sy keluar n msuk skolah lme sy..tp sy rase still lagi xdpt nk wat decision nk ambik aliran ape… sy minat aliran sastera..tp pihak skolah mcm susah nk bg sy ambik aliran tue sbb sy antara pljar yg score a+ dlm syariah , quran sunnah .tp sy pnye +math , bahase arab failed..tolong saye…untuk tntukn aliran..

sy f5 aliran sains teknologi,dlm klas sy de yg ambik bio & de yg ambik teknologi kjuteraan,skrng sy buntu bidang pe yg perlu sy ambik tuk ke matrik/IPTA,sy x minat pd subjek teknologi kjuteraan tp tulah subjek yg lebih skor brbanding sains,mne satu sy patut pilih samada minat atau kebolehan?

Kadang2 kebolehan seseorang tu melampaui minat indivdu. Why dont you give it a try… I know because ……. i do.
Kadang2 kita ada plan kita sendiri tapi ALLAH have other “greater” plan for you.

salam.sy sangat2 perlukan pandangan anda.PLEASE!
sy form4 tahun ni tapi masih dilema dengan aliran yg sy pilih,sains.sy masih belum jelas tntg cita2 sy.sy tak tahu sama ada pilihan yg saya buat tepat/tidak.sy takut pilihan ini cuma membebankan saya bila naik form5.result saya tahun ni agak teruk.masa pmr saya dapat 7A 2B,mate&bi yg B.saya pilih sains sebab kawan2 kata senang nak pilih aliran bila nak masuk u.saya dalam dilema sama ada nak kekal dgn sains/pindah akaun tahun dpn.saya tak minat doctor

TOLONG SAYA PERLUKAN PANDANGAN.tq (:

Memang bila result pelajar teruk masa ting 4, dia ada keraguan tentang samada pilihan dia betul atau tidak semasa masuk sains. Itu normal utk pelajar. Memang ramai pelajar sains akan mendapat result yang tak bagus masa peperiksaan akhir tahun, ini di sebabkan level peperiksaan telah hampir-hampir mencapai standard spm dan tajuk di pelajari adalah separuh dari spm sebenarnya. Awak cuma kurang buat ulangkaji untuk tajuk-tajuk tingkatan 4 sebelum peperiksaan. Cuba banyakkan ulangkaji semasa cuti sekolah.
Aliran sains bukN untuk menjadi doktor semata-mata. Banyak lagi pekerjaan melibatkan sains.

Assalamau’alaikum , saya agak lemah dalam bidang matematik. tetapi agak bagus dalam bidang science. Dan tahun depan saya rasa saya mahu masuk ke aliran sains tulen. tetapi adakah saya layak? kerana matematik saya agak lemah..?

Matematik adalah pratice yang tanpa henti dan betul-betul menguji kesabaran dan ketabahan kita. Kalau nak masuk aliran sains awak mesti betul-betul bersedia untuk rajin pratice dan ‘duduk’ belajar.

Pemilihan ke aliran sains atau sastera atau akaun mesti berdasarkan minat dan KEBOLEHAN individu. Sebagai pelajar yabg hampir dewasa, awak mesti belajar decide sendiri ke mana arah tuju hidup awak.

assalamualaikum….
saya budak pmr pada tahun 2012..saya sangat meminati aliran sians…math saya A ,sains B, bm dan bi C…adakah saya layak untuk masuk aliran sains

My opinion adalah takde masalah lah…… cuma bila masuk aliran sains awak mesti betul2 dah ada determination untuk belajar dengan bersungguh2. Aliran sains memang agak susah dari segi untuk memahamkan isi subjek, tapi masih boleh faham lagi.
Target study dan buat kerja rumah mesti 4 jam sehari…. kalau tak boleh scrifice masa tu,…… lupakan aje aliran sains.

assalamualaikum….
saya budak pmr tahun 2012..saya dapat 6a2b(sains dan bi) saya minat sains tapi tak sangka dapt B dlm sains PMR so, saya terkejut yg math saya tu dpat A sdangkan sya sdikit lemah dlm math….jadi bolehkah sya msuk dalm aliran sains sdangkan sains dpat B. Lagi satu,, dngar2 yg aliran sains ni susah, betul ke? cita2 sya nak jadi chef… aliran apa yg sesuai tuk saya ni dan berpeluang tak tuk blajar di luar negara….. aliran sastera ni untuk apa ea?? boleh sambung blajar di U tak??

Pertama sekali, saya yakin awak boleh belajar dalam aliran sains walaupun awak mendapat B dlm sains. Ya aliran sains memang susah tetapi very interesting DAN bukan semua orang akan minat sains.
Utk menjadi chef, aliaran terbaik adalah di Kolej Vokasional dlm kursus catering. Tetapi ada juga pelajar mengikuti bidang akaun/ekonomi sblm masuk dlm bidang tersebut kerana chef memang ada kena mengena dgn ekonomi, example setiap makanan yg di masak memang di kira berapa kos penyediaannya.
Utk belajar di luar negara memang agak susah, kerana di samping pljr perlu dapatkan markah yg terbaik, pljr juga perlu lulus temuduga utk memperolehi biasiswa/sponsorship.
Bidang sastera/akaun juga adalah bidang yg menarik, kerana ianya juga akan melibatkan bidang pengurusan dan pentadbiran di peringkat yg lebih tinggi.
Dan ya, awak boleh ke U slps menduduki STPM, atau terus ke U spls SPM.

Aliran apakah yg membolehkan sy untuk jadi seorg peguam?? Harap jwab ye..

Bidang sastera dan bidang utama nya adalah sejarah. Jika peguam syariah bidang utamanya adalah pendidikan islam.

Ohh, ok terima kasih! =’)

Oh ye.. Kalaulh sseorg itu nk jadi peguam syariah, & layak untuk jadi peguam syariah.. Ada tk peluang dia untuk future study kat Mesir?? Huhu (sorry byk tnya)

Insya’allah boleh.

assalamualaikum, PMR saya dpt 7A 1B 1C b, BI C, arab.. ramai yg sarankan sye msuk klas sains, tapi sye minat akaun .. n skerang sye xthu nk pilih mne ..

Saya rasa awak perlu pertimbangkan beberapa perkara untuk menentukan ke mana arah tuju awak.

1. No 1 mestilah di mana minat awak. Jika terlalu minat akaun, rasanya saya tak boleh nak kata apa2. Cuma saya dapati ada smk biasa dan smteknik yang menawarkan kursus sains tapi mereka juga belajar akaun.

2. Bagaimana dgn alam pekerjaan nanti. Akauntant adalah bidang yg memerlukan ketekunan dan kesabaran semasa bekerja. Cuba buka surat khabar atau jobstreet.com.my dan baca iklan pekerjaan untuk akauntant.

Assalamualaikum. Sye bercite-cite nak jadi saintis Islam n ahli sejarah Islam. Tp sye x tau nk amik aliran mane sbb sy x mahir bab2 aliran ni. Pmr sy 7a1b(BI). Tolong sy. Sy mahu kan cite2 sy

Saintis islam adalah dlm aliran sains. Insya’allah awak akan menjadi saintis yg baik.

Salam, saya belajar aliran reka cipta. Tapi boleh tak saya jd usahawan or perniagaan nnt? tolongla, confuse gila ni T.T

Usahawan timbul dari segala bidang yang awak boleh ceburi. Mengikuti aliran reka cipta adalah yang terbaik. Pastikan di peringkat tinggi awak ,asuk bidang business

ahaks!! Terima kasih :D

salam hye sya pelajar aliran sastera ..sya msih still agu tgh keliru agk2 ..ap yg patut sya smbong beljar ..n pas blja mudah nk dapt keje …minta penjelasan ?.tima kasih :)

Bila awak masuk aliran sastera awak pastikan awak belajar dgn rajin. Bidang sastera juga menjanjikan masa depan yang cerah. Banyak usahawan, pengarah jabatan, etc adalah dari aliran sastera.
ORANG YANG BERAJAYA ADALAH ORANG YANG RAJIN

thx untuk semua yya saya pun confius jugk nak ambil aliran mana mula2 sya msk aliran sains pas2 bila saya degar nasihat kak saya pun sya terus tukar aliran sastera saya pecaya yg kak saya bgi tau ni pun sbb dia pun ada pegalaman dalam bidang sains lastt2 dia pun dapat resuat yg teruk dlm spm wlupun di pmr dpt 5a.x pi bila klong sya thu saya ambk aliran sastera klong saya mrh dan dia kte aliran sastera ni pyah untuk msk ke u betul ker sya ni …dan sya dgan dia lai sya ni lemah dlam mta pelajaran sains sya pun dlm pmr pun dpt 3a,kh,geo,dan mt dan adakah saya perlu ambk aliran sains kerana byk orng kta aliran sains ni pyh k msk u dan pyh dpt peluang kerja

saya harap dokter bls dan tolog bgi nasiaht yang spatut ya

Aliran apa yang awak ambik bergantung kepada awak bukan kakak2 awak. Jika hendak berjaya awak kena berusaha dengan KUAT. Bukan aliran yang menentukan kejayaan tetapi usaha pelajar yang tak kenal jemu.
Standard belajar di ting 4 adalah 4 jam sehari. Kalau awak tak boleh maintain study 4 jam sehari, awak akan gagal spm awak.

KLU SYA AMBK SASTERA BIDANG APA YANG BOLEH SAYA CEBURI SBB SYA TKUT DGN KIMIA SBB DIA LEBIH PAYAH.. PMR pun sn dpt c sya tkut saya dpt pergi setegah jalan je.dan sastera pulak rmai y ckp pyh nk msuk u and peluang kerja pun susah???????????????
aya harap dokter bls dan tolog bgi nasiaht yang spatut ya

sya rsa x nk skolah sbb sya rasa terlalu tkut dan tiada siapa y dpt menbantu..dh msk bulan tiga saya msh fikir dan x dpt belajar dgan tenang dan x dpt nak fokus dlam pelajaran dan nk tidur pun x tenang dulu kls sains x tenanh sekarang kls sastera x tenang jugk

Bidang yg boleh di ceburi slps bidang sastera adalah pengurusan, guru atau pensyarah, kewangan ie accountancy dan business, sales banking, insurance, etc byk sangat dlm business. Bahasa – terjemahan etc, human resource, saya tak boleh nak senaraikan sebab terlalu byk sangat. Cuma bidang tu awak tak lihat depan mata sebab mereka ni bekerja di tempat yg bukan awak jumpa seharian.
Kemasukan ke U adalah adil utk sains dan sastera tetapi sastera mungkin akan lalui form 6 atau matriks.
Tanya diri awak, apa kerjaya yg awak nak target lepas ni. Buka intrrnet dan lihat website spt jobstreet, kerjaya etc.
Awak kena jumpa kaunselor utk menentukan hala tuju hidup awak. Tanya balik famili dan bincang sampai puas hati.
LEPAS TU BARU AWAK STUDY, JANGAN LAMA SANGAT……….

tetapi family sya susah di bawa bincang lebih2 lgi psl kls .diorangg kate ikt suke hati saya lh dn mls nk msk cmpur sebb ini kerjaya saya diorang x nk sibuk keatas.bile sya nk tukaR skolah dia x bgi sbb sekolah saya tu x da kelas p.akaun x pi sya bergitu minat kelas p.akaun tlg smpai sekarang sya x boleh fokus .smpai sekarang sya masih konfius antara sains or kelas p.akaun x pi x da kt sekolah saya kelas p.akaun

Kalau begitu berminat kenapa tak plan utk pastikan result spm awak bagus dan sambung ambil p. Akaun di universiti. Jangan terlalu memikirkan jalan mana yg Allah telah tetapkan utk awak, tapi cuba fikirkan apa idea/plan awak utk satu hari berjaya menjadi seorang akauntant.
Buka minda seluas2nya, duia ini bukan sekadar berpusat pad P.A semata-mata
Insya’allah awak nampak ke mana hala tuju awak.

salam.. saya dekat sekolah amek aliran.. x tahu lah aliran apa sbb subjek dia, subjek teras+perdagangan+pend.seni visual. selalunya klau perdagangan mesti ada prinsip akaun dgn ekonomi asas dgn add maths, tp saya hny ada subjek teras dgn perdagangan+pend.seni visual. saya x tahu peluang kerjaya apa yg ada utk saya. dan saya ni dlm aliran apa sebenarnya? aliran sastera ke, aliran sains sosial ke.. tolonglah jwab so tht boleh bantu.. saya dh form 5 thun ni, and saya mst fikir psal future..

Sekolah menawarkan subjek perdagangan kerana untuk masuk ke bidang2 tertentu di universiti memberikan advantage kepada pelajar ambil perdagangan DAN pendidikan seni visual supaya pelajar dapat menambah keputusan yang baik dlm slip keputusan (mungkin). Study je.. berdoa dan berusaha utk kejayaan awak. Orang berjaya mesti ada pengorbanannya.

salam.. sy plajar From4 taon ni.. skrg ni sy ambil ekonomi.. tp sy minat dgn aliran sains n ambition sy doktor.. pmr sy cume 2A 4b 3c.. sains sy B.. so sy nk tnye pendapat doktor bley x klow sy nk ambil aliran sains.. please reply..

PMR cuba menunjukkan asas kemahiran pelajar, tidak menunjukkan kebolehan sebenar pelajar. Kadang2 pelajar belum matang pada 15 tahun. Jika awak betul2 serius untuk jadi doktor awak mesti betul2 berusaha untuk dapatkannya.
Satu ungkapan seorang doktor yg kenali……. “TERBUKAK AJE MATA MESTI STUDY”

salam.,sy pljr frm5 thun ni,amik aliran sstra..(ge0g e.asas),sy xpsti nk jd pe.,cte2 sy ushwn,pramugari n m0del.,tpi sy nk plih kerjaya yg gajinya lumayan n nk msuk u yg f0cus kpd kerjaya yg sy plih.,sy xthu bdang ape yg ptut sy plih n u at ne yg bleh sy msuk? plezzz,tl0ng bg pndpt KERJAYA APE YG PTUT SY PLIH?

Bagus! Awak tahu apa yang awak hendak di masa hadapan, tetapi bila pilih kerjaya, wang @ gaji bukanlah segala2nya. Minat, masa bekerja, kebajikan, stress etc juga perlu di ambil kira utk memilih kerjaya.
Saya cadangkan awak memilih bidang seperti mass communication, economy atau business studies.

Pure Mathematic tu salah satu cabang ALIRAN SAINS la !!!!…
Syarat-syarat nak ambil bidang Pure Mathematic kat USM, pelajar tu mesti dari aliran Sains, pelajar dari aliran Sastera langsung tak layak!!!! Ada paham!!! Aliran Sains bukan bermakna pelajar tu kena jadi Doktor!!!!

saya pelajar tingkatan 4 dan belajar di aliran sains. dari dulu lagi nak keluar dari kelas aliran sains sebab STRESS !! #sedih l

math saya C , sains saya C , sejarah saya C, geo saya C tapi kenapa saya masuk aliran sains pulak ? -.- HAHAHAHAHA pelikss tapi benar. memang nak get out dari kelas sains. minat saya pada seni, bukan sains . hahahahah #merepek

Kalau awak memang tak minat sains, uruskan tukar jurusan dgn pihak pengetua. Awak perlukan pertolongan dari parents kerana sekolah memang tak benarkan, kerana dasar 60:40 kementerian. Jika tak dapat juga awak perlu ke ppd daerah awak utk tukar sekolah. Jangan gamble dgn masa depan. Itu milik awak. Kalau parents tak nak uruskan sila berjumpa dgn kaunselor sekolah dan mintak pertolongn dgn dia.

selepas peperiksaan penggal pertama bulan lepas, semua subjek sains saya gagal :( memang saya tidak dapat menguasai subjek sains tersebut. semalam saya telah berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menukarkan saya ke kelas aliran sastera. insyaAllah dapat. :D

Good for you, alhamdulillah syukur. Insyallah awak akan belajar bersungguh-sungguh dalam bidang baru awak. Ingat kejayaan adalah hasil dari usaha yg tak pernah jemu dan doa yang tak pernah luput. Saya doakan awak berjaya, insya’allah

assalamualaikum..sy bru jer dpt result spm,alhamdulillah..walaupn xde lah gempk,tpi sy still dpt a sn dan b math…sy lau boleh nk smbung bdg prbtn dkt u nnti..tpi prolem nyer sy dulu amik sstera…so nk tnyer dr. bleh x sy smbng dlm course tu..please tlong reply,i need your answer…trdesak sngt ni…

Utk masuk perubatan awak mesti masuk matrik atau form 6 dlm bidang sains utk buat A level. Dari situ barulah awak akan terpilih utk jurusan perubatan. Awak perlukan result 4.0 utk pastikan masuk perubatan.

ooo,,,syarat untuk masuk matrik??

rsenyer sy kne lupkn jer niat sye 2..coz sy mmg x de hrpn..right:)

Kejayaan seseorang tu Allah dah tentukan, dalam hidup saya, saya dah jumpa banyak student yg “surprise me”.
Isya’allah awak akan jumpa pekerjaan @ bidang yg awak suka.

bm-bi-sej-mat-sains-bat-perdagangan-prinsip akaun-pend.quran,sunnah-pend syariah-add-math…..nie aliran jnis ape nie?????

Jurusan business atau akaun yg menekankan islam, amanah dan kecekapan dlm maths dan akaun.
Hahaha…. saya tak pasti

Saya merupakan lepasan spm 2012…. Keputusan pmr saya 8a….. Sebelum mendapat result, saya confius nak masuk aliran mana…. Tapi selepas mendapat result, saya memasuki aliran sains berdasarkan result saya dan bukannya minat…. Secara jujur saya tak tahu apa yang saya minat….. aliran sains bukannya senang……. Kalau anda tidak suka membaca jangan masuk aliran ini….. Kalau boleh digambarkan kesusahannya, lebih 2kali ganda lebih susah dari pmr…..mungkin 3 kali ganda… Depend kepada orang tersebut…… Mungkin waktu pmr, anda boleh baca 20 muka surat dalam 1 jam untuk memahami dan menghafal tetapi bila spm 1 jam bagai 15 minit sahaja….. Tambah2, add math……Kadang2, 2 muka surat pun tak lepas untuk memahami dan menghafal…. Walau pun begitu, saya tetap bersyukur apa yang saya dapat…. Untuk spm saya dapat 4a 5b…… Oleh itu, pilih la aliran yang betul….dan jangan ikut kawan….. Tetapi pada saya kalau anda minat….semuanya boleh berlaku….

Saya akan menduduki peperiksaan PMR tahun ni dan saya minat sangat dalam bidang sains terutamanya tentang angkasa, walaupun saya tahu sangat tipis untuk memasuki bidang angkasawan, tapi saya akan cuba untuk masuk mana-mana bidang yang berkait dengan subjek sains. Tapi markah di sekolah tidaklah berapa tinggi, math selalu fail tahun ni pun belajar macam susah. Saya nak tanya universiti kerajaan mana yg ada bidang sains ni, syukran. jazaakumullah x .

pada pendapat saya, banyak universiti yang menawarkan bidang sains…..tapi semua itu bergantung kepada result spm adik…. kalau adik betul2 minat ngan sains….adik perlu berusaha memperbaiki result matematik pmr adik…. kerana result matematik sangat mempengaruhi jika adik ingin ambil bidang sains…..cuma jadi positif dengan diri adik…

salam….saya aliran sastera,seni dan tasawur islam……kata org aliran yg saye ambil ni…x ada masa depan!!!!!betul ker????saya betul2 risau…apa hala tuju saya selepas spm????sya juga ingin memegang jawatan yg bsr suatu hari nnty…

tak semestinya….hanya orang berfikiran kolot yang fikir macam itu…… setiap aliran mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2…. adik perlu betul2 fokus dalam aliran yang adik ambil…..sebab banyak bidang yang boleh adik ambil di universiti jika tesult spm adik baik….. so, be positive….

Assalammualaikum..Saya sebenarnya tengah buntu sekarang ni..Ini tentang aliran yang saya ambil..Sampai sekarang saya tak pasti samada keputusan saya ni betul atau tidak..PMR saya 3a 5b (a-bm,sej,kh) (b-sn,maths,geo,bi,pend.islam).Pada mulanya,saya ambil aliran prinsip perakaunan..saya pun MUNGKIN adalah jugak minat trhdp prinsip akaun ni..Entahlaa..tak pasti..tp selepas tu saya tkr ke sc tulen dlm awal bln2..Selepas tu,sy pindah sklh sarawak..saya teruskan dgn aliran sc..sy mmg dh ambil kputusn nk ambil alirn sc tp sy tk yakin..sy sebenarnya tk minat sains..tp sy ambil aliran sc pun sbb mereka kata alirn sc ni masa dpn dia cerah..tp,semenjak sy belajar di kelas sc,sy rasa mcm tk seronok..sy lngsung rsa mcm enjoy bila bljr sc..pelajarannya agak susah..kadang2 sy fikir,adakah keputusan yg sy buat ni betul?kalau lah sy betul2 nk tkr aliran,dah trlambt ke belum?dah nak msk bln5 ni..Sy rasa mcm pelik dgn diri sy sendiri..Kadang2 sy yakin apabila bljr sc tulen,tp kdg2 rasa mcm tknk je belajar sc tulen ni..sy rasa stress..masa sy form3 dulu,sy tak ada lah sestress mcm sekarang.. macam mana ni???? tolong lah sy.. :(

salam kembali….. nampaknya masalah adik agak rumit…. result pmr adik menunjukkan yang adik dapat b untuk subjek sc dan mt….dua subjek ini sangat penting dalam aliran sains dan saya rasa itu tidaklah seteruk mana…. semuanya bergantung pada usaha adik…. memang tak dinafikan yang aliran sains cukup susah…. tapi setiap aliran mempunyai kesusahan masing2… cuba adik tanya kawan2 yang ambil aliran prinsip akaun….dan tengok buku yang berkaitan subjek tersebut…… dan bandingkan aliran yang adik ambil skrang….. tapi sebenarnya sudah agak lewat sikit untuk adik tukar aliran….tapi jika adik betul2 nak tukar aliran kerana betul2 minat prinsip akaun dan boleh belajar dengar cepat untuk mengejar apa yang sudah dipelajari, adik boleh tukar….. tapi jika sebaliknya…. belajar lah dengan bersungguh2 dalam aliran sains….. cuma timbulkan minat itu sedikit demi sedikit….. positifkan diri adik.,…

salam nk tye boleh kah budak (aliran sastera) ni nak belajar di luar negara/oversea saya ingat nk belajar dalam bidang akuntan dan belajar di (london) dalam bidang akaun ini ramai menyatakan hanya budak (aliran sains) sahaja yg dpt belajar di oversea tolong bantu saya saya betul2 ingin belajar di oversea

Rasanya maklumat yang awak dapat tu kurang tepat kerana adik saya sendiri pergi UK bidang bahasa, abang bidang business studies, kakak ipar bidang akaun dan lately anak sedara ambil ACCA di UK. Yang penting adalah dapatkan keputusan yang baik semasa SPM.
Dan tahniah kerana awak dah ada matlamat utk belajar. Jangan lupakan agama.

tq kerana menbantu sy dlm hal ni saya ingat haya budak aliran sains je yang dpt belajar di luar negara sekarang saya betul2 ada matlamat hidup untuk teruskan belajar dan belajar now matlamat saya untuk mdpt kputusan yang baik dlm spm saya target 9a and now i really confident in my choice to study don’t give up in live

tolong berikan saya cara2 belajar sub sain tulen..

1. Masa belajar + kerja rumah mesti 4 jam sehari.
2. Banyak buat latihan dan ulangkaji latihan yang telah di buat.
3. Mesti ada jadual belajar untuk setiap hari, satu hari mesti rest.
4. Banyakkan membaca al quran supaya daya ingatan bagus.
Insya”allah anda boleh berjaya.

Assalamualaikum… sy ada kawan di dalam aliran perdagangan.. boleh ke dia masuk U ?

Insya’allah boleh. Result mesti bagus le…
Peluang dia adalah sama @ lebih kerana lebih banyak pengajian tinggi menawarkan kursus perdagangan

Assalam…sy plajar kelas sastera,tp sy minat sangat kat sains,pmr sains dpt A,tp math sy teruk sangat,dapat D…tp sye nk kelas sub science,tapi….tak mungkin kot :’(

Assalam…sy plajar kelas sastera,tp sy minat sangat kat sains,pmr sains dpt A,tp math sy teruk sangat,dapat D…tp sye nk kelas sub science,tapi….tak mungkin kot :’( ade harapan ke?

Awak mohon dgn cikgu di sek. Tapi macam dah lambat sangat je… Kalau awak di bidang sastera tetapi berminat utk buat bidang sains, cuma pastikan dlm spm result maths dan sains bagus. Bila mohon ke universiti awak boleh ambik bidang sains. Insya’allah.

ASSALAMMUALAIKUMMM….cita2 saya nak jadi engineer ..nak kerja dengan syarikat petroleum…..agak agak selain dari aliran sains tulen..aliran ape lagi yang sesuai dengan cita2 saya itu …terima kasih

Maaf, engineering adalah sebahagian dari cabang sains. Awak mesti mempunyai asas fizik dan kimia yg baik utk memahami pelajaran apabila masuk jurusan engineering. Dlm add maths dan fizik SPM sudah ada element engineering, jadi awak mesti dapatkan asas semasa di spm lagi.

owhh tq…kalau amik addmath boleh la

Ohh..Terima kasih sudi bagi pandangan :)

Assalamualaikum (: saya sekarang F4 dalam course Sains Teknologi. Addmath, Chem, Phy + ICT. Harapan saya for SPM memang pada ICT. Parent saya ada tanya pasal peluang pekerjaan for future nanti. Saya ingat nak ambik course ICT dekat U tapi parent saya berpendapat ICT bukan mudah nak cari peluang pekerjaan. Course di U bukan sekadar minat tapi bakal peluang pekerjaan nanti. ICT banyak saingan antara satu sama lain. Saya bersetuju jugak bila parent berpendapat ambik perguruan nanti. Jadi guru subjek ICT. Saya terpikir pasal future yang akan datang. Ramai yang tersalah pilih course di U for peluang pekerjaan.

Wsalam. Itu juga adalah pendapat saya dahulu… “ada ke kerja lepas grad bila ambil ict?”. Pendapat saya di buktikan meleset apabila ramai student ict yang dapat pekerjaan Yg baik dan bergaji besar. Student yg ambil ict yg lebih spesifik seperti “networking” , “system analyst” ,”software engineer”, etc adalah lebih competetive utk dapatkan pekerjaan. Apa yg awak perlu buat adalah cari atau kenalpasti bidang apa dlm ict yg awak minat DAN subjek ADDd MATHS awak mesti bagus. ICT perlukan logic.

ASSALAMMUALAIKUM…..CITA2 SAYA NAK JADI ENGINEERING…TAPI WAKTU PMR RESULT TIDAK BERAPE BAGUS…AGAK2 BOLEH TAK SAYA MENCAPAI CITA2 TERSEBUT…..TQ

Wsalam. Bagus dan tahniah kerana awak dah ada cita2 yang hendak di capai. Asas engineering adalah matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia dan jangan lupakan matapelajaran teras.
1. Apabila awak nak berjaya utk jadi engineer, AWAK MESTI STUDY MACAM ENGINEER.
2. Kalau result spm pun kurang bagus, awak masuk kursus diploma engineering dahulu sebelum sambung ijazah.
3. Bukan calang2 orang boleh jadi engineer.
SAYA DOAKAN AWAK CAPAI CITA2 TU, INSYA’ALLAH

amin…..tapi abang sheikh kalau waktu form saya tidak mengambil aliran sains tetapi saya mengambil add math …bolehkah saya mencapai cita2 tersebut….terima kasih atas respon…

Boleh tapi awak kena struggle le di universiti nanti. Saya tahu sebab saya kenal kawan yg macam tu.

assalammualaikum…
saya merupakan seorang pelajar t3 dan bercadang untuk mengambil sains tulen di f4.adakah wajar saya mengambil bidang perakaunan di sekolah teknik jika mahu mengambil sains tulen?saya juga ingin tahu apakah subjek yang harus saya ambil jika mengambil bidang perakaunan?

Wa’allaikumsalam. Di sekolah teknik ada bidang akaun yg juga belajar sains tulen. Juga ada kelas sains pertanian yg juga mengambil sains tulen. Pelajar jurusan sains pertanian di sek men teknik adalah di antara pelajar yg pandai.
Pelajar akaun di sm teknik akan belajar
BM, BI, SEJ, P ISLAM, MATHS, ADD MATHS, FIZIK, KIMIA, AKAUN DAN KEUSAHAWANAN

Salam . sya baru sahaja dapat keputusan PMR . sya hnya dapat 3A 5B . sye sngat berminat nk ambil aliran prinsip perakaunan . Boleh ke sye dapat aliran itu dengan result sye yg tk berapa ok .

Boleh, jika ada kekosongan pd kelas di sekolah. Jika ada masalah minta parents awak buat rayuan kepada pihak sekolah.

salam,saya minat aliran ict tapi masalahnya kalau nak amik ict kena amik sains tulen sekali.saya pula x minat subjek sains tulen ni.lebih2 lagi saya x suka main dgn angka…
boleh tak kalau saya amik aliran sastera untuk SPM dan In Sha Allah kalau result cemerlang saya nak amik bidang ict di IPT?Ke canner?

Awak boleh mohon ke kolej perdagangan di johor bahru atau kolej vokasional yang berdekatan. Pelajar jurusan ict tak perlu ambil matapelajaran sains tulen

Assalammualaikum…boleh saya tanya tak…kalau mengambil aliran akaun apekah kerja yang boleh kita dapat??terima kasih

salam nak tanya …..apa kebolehan masuk sains pertanian ???

assalammualaikumm…saya nak tanye jika waktu spm saya mengambil subjek ini B.M FIZIK KIMIA SEJARAH MATEMATIK B.I P.I ADD MATH LUKISAN KEJURUTERAAN ..SAYA BOLEH JADI APE…DAN SATU LAGI BOLEHKAH SAYA MENJADI PILOT

Salam,Saya ada masalah ttg aliran dan saya rasa macam nak berhenti sekolah dsebabkan saya tak tahu aliran sains tulen adalah keputusan yang btul , skg sya dah form5 dan saya masih tak tahu lagi minat saya apa.time Exam akhir thun admath ngn chemistry sya gagal teruk , admath saya tak pnh lulus lagi selalunya sy mdapat markah 21 ke bawah saja. Subjek fizik ngn biologi saya dpt 50 mrkah saja. Subjek teras saya okaylah jugak. Masa pmr sy dpt 6a2b (bi ngn math B) tolonglah saya , saya nak berjaya dalam dunia dan akhirat. Saya nak ibubapa bangga ngn sya :( bantulah saya , esok sya kena bgi jwpan kat pnolong kanan skolah,tlglah sayaaaaa :”((

saya dapat 1A iaitu sains..adakah patut saya masuk kelas sains??

bolehkah saya mengambil bidang perubatan di universiti?? sedangkan saya di aliran sastera perakaunan??

saya nak tanya..dpt tak kalau citax2 nak jd medical atau engineer dlm aliran sastera sbb pmr saya 2b sains mat dan 6c yg lain … T_T

Sye dri sk rendah lagi kempunan nak msuk klas sastera..sbb minat sya sume ade dlam kelas tu tpi bla lepas prm kna paksa msuk klas sains…sya jujur ckap sya mmang lemah dlm math n sain slalu jea dpat fail tpi tup tup je msepmr bley lulus..allhmdullih jea la.. Nie pas pmr kna ambik alran tu mmang cari nahas la jwab nye.. Ade la lbih krng 4 kli sya merayu dkat ckgu yang mengatur alran bagi bdak f4 yang jga ckgu math sya, tpi ttap x kfsi jgak alasannya tkut sya bergaul dengan bdak klas blakang..pdahal bdak klas sastera tu takla truk sangat..lpas tu yng sdih n sakit htinya bla sya gagal mataplajaran math. Ckgu math sya tu bkan main marah lgi kata sya x sesuai ddk kat klas sains dan ptut ade kat kls sstera jea..klau bley sye nak jea blas mse tu tpi sye msih ade rsa adab lagi.. Bkan stkat subjek math jea sum e sbjek klas sains tu sa slalu gagal..lps tu slalu la kna mrah..sye cba gk berusaha nak blajar nk kasi dpat lulus tpi still x berjaya..so smpai skrang sye asyik jea frust bla nak gi sk jea..

saya mmg minat dlm subjek sains tapi saya dpt masuk kelas akaun(x dpt tukar sbb masuk hospital) boleh ka kaa waktu spm nanti saya ambil paper subjek kimia bio fizik add math walaupun bkn dlm kelas sains

saya telah mengambil aliran sains tulen walaupun kputusan pmr saya tidakk begitu baik .. tetapi sekarang ini saya sangat keliru dengan pilihan saya . saya sangat ingin memilih aliran sastera . saya berharap jika saya menukar kelas sekarang , masih ada lagi harapan untuk saya memperbetulkan kesilapan saya :(

boleh ke saya di kelas sastera tapi ambil fizik kimia bio diluar? maksud pergi tuisyen. tapi bagaimana ? saya tanya cikgu sekola mereka kata tidak dibenarkan takut pretasi merusut lah , kerajaan tak benar kan lah , apa yang harus saya lakukan ni ? saya tidak dapat masuk kelas science kerana result saya 7C 2A iaitu a di dalam math and science .

cikgu pernah dengar tak pasal english for science and tecnology . sekolah saya tidak menawarkan aliran tersebut , tapi masa boleh ke saya ambil EST ? ada ke tuisyen menawarkan pelajaran EST ? saya rasa tiada . bagaimana hendak teruskan niat tersebut . lagi satu boleh ke saya ambil EST walaupun saya di class Ekonomi dan perakaunan?

apakah kelebihan EST cikgu – harap dibalas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2008
A I S R K J S
« Okt   Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 36,097 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: