Posted by: bertamadun on: 4 November, 2008
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 1 Nov (Hrkh) – Ahli Mesyuarat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seng Hooi mendesak MPSP membatalkan semua permis ‘Rumah Urut Tradisional’ yang nyata melanggari syarat yang ditetapkan bagi mengelak berlakunya salah guna untuk tujuan lain.
Kebanyakan sambungnya, Rumah Urut Tradisional bukan menjalankan aktiviti urutan menggunakan bahan-bahan terapi atau rempah ratus sebaliknya menjadikan pelayan dari Negara China sebagai tarikan.”Saya ceritakan masalah yang berlaku di permis rumah urut taukeh-taukeh Cina. Di mana banyak menyalah gunakan perkhidmatan untuk tujuan lain. Bak kata perpatah Cina, kedai yang sepatutnya jual daging kambing menjual daging anjing, ” ujarnya penuh harapan.
Ramai orang tertipu dengan nama rumah urut tradisional kerana mnganggap ianya dapat membantu melancarkan darah kembali supaya kelihatan segar bugar tetapi lain pula berlaku bila mana memasukinya tambahan pula melihat gadis-gadis yang bergetah.
Di Seberang Perai Selatan (SPS) sahaja terdapat banyak permis berkenaan yang dikatakan menyalahgunakan perkhidmatan tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan.”Kali ini MPSP kena bertindak sejajar dengan kesalahan yang mereka lakukan. Jangan biar lagi aktiviti itu berleluasa kerana ia menimbulkan masalah sosial yang serius, ” tegasnya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus dalam jawapannya berkata, banyak kali serbuan dibuat terhadap permis yang menyalahi peraturan yang ditetapkan namun tidak dinafikan mereka terus beroperasi. Malang juga kadang-kadang bila serbuan bersama polis atau Imigresen semuanya mengikut peraturan, ” jawabnya. – mks. _
Sidang Rakyat