B e r t a m @ d u n

Qiamullail – satu kelebihan

Posted on: 8 September, 2008

Pengertian

Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Hikmah Qiamullail:-

-Meningkatkan keimanan individu

-Meninggikan darjat di sisi Allah

-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk

-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang

-Melatih diri menjadi insan bertakwa

-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat

-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan

-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah

-Melatih diri mengharap keredhaan Allah

-Memberi ketenangan jiwa (emosi)

-Memberi kesihatan(fizikal)

-Menajamkan akal fikiran

-Meneguhkan kekuatan rohani

-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya

-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah

-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah

Kelebihan Qiamullail

-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan

-Tenang hati dan fikirannya

-Dimurahkan rezeki

-Dihormati masyarakat

-Dilindungi Allah daripada khianat manusia

-Jika dia pemimpin, dia akan disegani

-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Waktu-Waktu Qiamullail

Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.

”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”

H.R. Jamaah selain At-Tirmizi

Panduan Bangun Awal

-Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan selepas waktu Isya’.

-Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang

-Elakkan diri daripada melakukan maksiat

-Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah

-Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan

-Mematuhi adab-adab tidur

Adab-adab Qiamullail

-Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail

”Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”

H.R. an-Nasai dan Ibn-Majah

Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.

-Tidur mengikut adab-adab yang digariskan

-Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.

-Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.

-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.

-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiamullail.

”Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”

H.R. Abu Daud

Sanad Sahih drpd Abu Hurairah R.A.

-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.

-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.

-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.

Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail

-Solat sunat Tahajjud

”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”

Al-Isra’ 79

”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”

H.R. Muslim

-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.

-Solat witir

-Berzikir, bertasbih dan bertahmid

-Membaca al-Quran

-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Penutup

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?… … .

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita… … ..dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…

Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi..

About these ads

4 Respons to "Qiamullail – satu kelebihan"

semoga allah mengampuni segala dosa-dosaku! amin

moga kita beroleh keampunannya..amin..

salam..mohon share maklumat…t.kash

It’s appropriate time to make a few plans for the longer term and it is time to be happy. I’ve
read this submit and if I could I desire to counsel you some fascinating issues or tips.
Perhaps you could write subsequent articles referring
to this article. I desire to read more things approximately it!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2008
A I S R K J S
« Ogo   Okt »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Bertam@dun

Kunjungan Rakyat :

  • 36,140 Kunjungan

e-mel

Sila kirimkan sebarang info, komen, gambar atau cerita anda kepada : bertamadun@ymail.com *************************************

7 Berita RSS :

Berita Terkini Rakyat Sana-Sini

RSS HarakahDaily.net

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS SuaraKeadilan.com

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Yahoo! News

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: